The Ocean Cleanup Berjaya ‘Angkut’ 1 Juta Kilogram Sampah Dari Sungai Klang
Interceptor dari The Ocean Cleanup itu juga merupakan inisiatif tambahan kepada Gerbang Maritim Selangor bagi membersihkan Sungai Klang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak tahun lalu, Malaysia kerap kali berlaku banjir sekiranya hujan lebat turun selama berjam-jam. Negeri Selangor yang jarang dinaiki air pun sudah lebih tiga kali dilanda banjir dalam tempoh kurang daripada setahun.
Penduduk setempat pun sudah bengang apabila tiada tindakan segera dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Salah satu punca banjir kerap kali berlaku adalah kerana longgokan sampah yang terlalu banyak.
Sungai Klang Miliki 1 Juta Kilogram Sampah-Sarap
Sebuah badan bukan kerajaan dikenali sebagai The Ocean Cleanup mempunyai dua jentera pembersihan iaitu Intercepter 002 dan Interceptor 005 yang ‘bekerja’ di Sungai Klang sejak beberapa tahun lalu sehingga kini.
Kedua-dua alat tersebut berfungsi untuk menghalang sampah-sarap daripada memasuki lautan.
Menurut laman web The Ocean Cleanup, Interceptor tersebut telah direka bentuk bagi memudahkan pengeluaran sampah besar-besaran di kawasan sungai yang tercemar di seluruh dunia.
Turut bekerjasama dengan kerajaan tempatan, Interceptor itu berfungsi sebagai alat tambahan kepada inisiatif Gerbang Maritim Selangor yang juga bertujuan untuk menjernihkan Sungai Klang.
Interceptor 002 telah digunakan pada tahun 2020 manakala Interceptor 005 pula sedang dalam penyelenggaraan.
Fakta menarik: Kumpulan penyanyi Coldplay membiayai pembinaan dan penggunaan Interceptor 005. Ocean Cleanup memaklumkan mereka adalah antara penyumbang pertama kepada yang menjayakan kempen #TeamSeas bagi membersihkan 15 paun sampah dari sungai.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Twitter (@TheOceanCleanup), mereka memberitahu khabar gembira selepas jentera Interceptor 002 berjaya mengeluarkan lebih 1,000,000 kilogram sampah dan dua patung beruang gergasi dari Sungai Klang di Malaysia.
Kesemua sampah ini memerlukan 942 tong sampah bersaiz industri untuk dibuang.
The first one was rescued in November 2019, and the second in November 2022. pic.twitter.com/tulXzLTmBe
— The Ocean Cleanup (@TheOceanCleanup) November 16, 2022
Bila tengok balik semua sampah ini, maka terjawablah persoalan kenapa banjir kerap kali berlaku setiap kali hujan lebat beberapa jam.
BACA JUGA: [Video] Warga Shah Alam & Klang Kongsi Kawasan Mula Naik Air Sejak Semalam Akibat Hujan Lebat
BACA JUGA: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir
BACA JUGA: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.