[Video] Wanita Gomol Anak Buah Ketika Ziarah Raya Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Tindakan wanita tersebut menggomol kanak-kanak lelaki itu membuatkan anak buahnya mula rimas sehingga menangis walaupun sudah beberapa kali cuba untuk menolak pelukan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap kali nampak kanak-kanak, mesti ramai yang teruja dengan kecomelan mereka dan mahu menggomol dan mencium bau anak kecil itu.
Siapa je yang tak obses dengan kanak-kanak kan? Walaupun anak kecil ini cuma tidur, tetapi rasa tenang sangat bila tengok raut wajah mereka.
Ditambah pula dengan musim orang tengah buat rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, memang ramai kenalan kita yang akan bawa anak-anak kecil mereka bersama.
Wanita Gomol Kanak-kanak Ketika Ziarah Raya Sehingga Anak Buah Rimas Dan Menangis
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (@_NazriH), tindakan seorang wanita dipercayai salah ahli keluarga mereka yang menggomol kanak-kanak lelaki mendapat perhatian ramai di media sosial.
Kanak-kanak itu dilihat sedang bermain di ruang tamu bersama seorang lagi ahli keluarga yang lain ketika wanita berkenaan menghulurkan tangannya untuk disalam.
Namun ketika kanak-kanak itu menyalam tangan wanita tersebut, dia terus memeluk anak kecil berkenaan dan menggomol serta mencium pipinya tanpa henti.
Tindakan wanita itu membuatkan kanak-kanak tersebut mula rimas sehingga menangis meskipun dia dilihat beberapa kali cuba untuk menolak pelukan tersebut.
Korang yang bawa anak pergi beraya rumah sedara2 tu, korang ok ke anak korang kena gomol mcmni? Tanya je😅 pic.twitter.com/xwaJEEPw0a
— Team Raya KL | 〽️ (@_NazriH) April 30, 2023
Ramai Netizen Kecam Tindakan Wanita Sesuka Hati Gomol Kanak-kanak Lelaki Ketika Ziarah Raya
Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan boleh dikatakan rata-ratanya mengecam perbuatan wanita tersebut.
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa tindakan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana tidak menghormati privasi kanak-kanak tersebut dari segi batasan pergaulan.
Malah, tindakan menggomol, mencium dan memeluk kanak-kanak juga agak membimbangkan kerana boleh menyebabkan mereka mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit dan jangkitan berbahaya.
Lebih-lebih lagi apabila wabak Covid-19 dikatakan sudah menunjukkan peningkatan di Malaysia.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberi pandangan bahawa tindakan itu boleh dilakukan jika hanya melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja dan bukannya orang luar.
Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Berjumpa Dengan Bayi
Bayi adalah individu yang sangat sensitif dan sistem imunisasi mereka juga masih belum kuat jika dijangkiti dengan sebarang kuman.
Sebagai langkah berjaga-jaga, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika berjumpa dengan bayi ketika menziarahi sanak-saudara sempena perayaan Aidilfitri.
Antaranya:
- Mendekati bayi selepas merokok
- Mengejut bayi yang sedang tidur
- Mendekati bayi ketika diri tidak berapa sihat
- Sesuka hati mengambil video dan gambar bayi tanpa meminta kebenaran dari ibu bapa mereka
- Mencium pipi bayi
Nak pergi beraya di mana-mana tiada masalah, yang penting kena jaga adab sebagai tetamu dan juga menjaga keselamatan serta kesihatan diri dan individu sekeliling anda.
BACA JUGA: 5 Perkara Perlu Elak Bila Jumpa Bayi Ketika Ziarah Raya. Take Note Semua!
BACA JUGA: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.