Now Reading
Penumpang E-hailing Dakwa Dapat Pemandu Kurang Ajar, Siap Minta Bawa Kereta & Tidur Di Belakang

Penumpang E-hailing Dakwa Dapat Pemandu Kurang Ajar, Siap Minta Bawa Kereta & Tidur Di Belakang

Pemandu itu dikatakan membawa keretanya dalam keadaan yang sangat laju sehingga hampir melanggar tiga buah kenderaan lain serta tiga buah kon di lebuhraya.

Penumpang E-hailing Dapat Pemandu Kurang Ajar, Siap Minta Bawa Kereta & Tidur Di Belakang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menggunakan perkhidmatan e-hailing boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaaan buat masyarakat Malaysia untuk ke suatu lokasi.

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan e-hailing yang ada di negara ini seperti Grab, Maxim, Gojo, AirAsia Ride dan sebagainya.


Penumpang E-hailing Kongsi Kisah Dapat Pemandu Kurang Ajar

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter mendakwa telah pengalaman yang membuatkan dirinya agak trauma selepas menaiki kenderaan dipandu oleh pemandu e-hailing menerusi tempahan di aplikasi InDriver.

Kejadian itu bermula apabila pemandu tersebut berhenti di lokasi ‘pick up’ yang salah serta kelakuannya ketika penumpang sudah memasuki kereta juga agak meragukan.

Bila i call dia cakap ‘dah tu nak amik kat mana?’. I just malas nak bising, i jalan pergi dekat dia. And then bila dah dalam kereta, dia suruh i pakai seat belt. Pastu tiba-tiba dia cakap jangan takut dengan i sebab dia doktor sambil tunjuk stethoscope.

Pengguna Twitter menceritakan pengalamannnya.

Lebih merisaukan lagi adalah apabila pemandu berkenaan membawa keretanya dalam keadaan sangat laju sehingga hampir melanggar tiga buah kenderaan lain serta kon di lebuhraya.

Dakwa penumpang itu lagi, situasi menjadi lebih menakutkan apabila pemandu itu tiba-tiba menangis dan meraung dalam kereta sambil menyebut ‘mummy’ selepas bertanya sama ada penumpang itu mempunyai lesen atau tidak.

Tidak lama selepas itu, pemandu itu memberhentikan kenderaannya dan menukar kedudukan dengan penumpang.

Ini bermaksud penumpang tersebut menggantikan pemandu e-hailing itu untuk membawa kereta berkenaan.

Pemandu itu dipercayai tidur di bahagian kerusi penumpang di bahagian belakang kerana katanya dia mengantuk.

And then i terus tanya if he want me to drive, Then i suruh berhenti tepi, then i drive kereta. Time i drive tu, i fikir yang i akan kena bunuh and all. I drive sambil i menggigil sampai berpeluh. Dia dekat belakang tidur sebab dia kata dia sleepy.

Pengguna Twitter menceritakan pengalamannnya.

Setibanya di destinasi, penumpang itu hanya membayar RM20 daripada jumlah asalnya RM35. Tetapi pemandu tersebut memintanya untuk membayar RM50.

Bukan itu sahaja, pemandu tersebut juga memaksanya untuk membawa masuk kawan perempuannya yang turut berada di destinasi.

Time sampai kat location tu pun i suruh kawan i turun then pergi dekat i. Pastu dia nampak kawan perempuan i, dia suruh i bawa kawan i masuk kereta dia. I cakap la no. Then dia macam cakap nak kenal-kenal je. Pastu dia paksa-paksa. I terus bayar and chaw.

Pengguna Twitter menceritakan pengalamannnya.

Setelah apa yang berlaku, penumpang berkenaan telah membuat laporan tentang pemandu itu kepada syarikat e-hailing tersebut.


Syarikat InDriver Beri Maklum Balas Tentang Kejadian Yang Berlaku

Kejadian tersebut yang telah tular di media sosial mendapat perhatian syarikat InDriver dan mereka memohon maaf terhadap penumpang terlibat atas insiden yang berlaku.

Menurut mereka, sikap pemandu sedemikian tidak diterima dalam syarikat mereka. Oleh itu, mereka meminta penumpang terbabit untuk memberikan maklumat tentang perjalanannya serta nombor telefon.

Kes tersebut akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada pemandu tersebut.


Jenis E-Hailing Yang Berdaftar Dan Selamat Digunakan Di Malaysia

InDriver merupakan salah satu perkhidmatan e-hailing yang mendapat permintaan ramai. Namun, syarikat pengendali e-hailing InDriver yang berpangkalan di Bukit Bintang ini dipercayai telah beroperasi menggunakan lesen perniagaan tamat tempoh.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai untuk memastikan aplikasi yang digunakan oleh mereka adalah berdaftar dan mempunyai lesen yang sah.

BACA JUGA: JPJ Serbu Syarikat E-hailing Dikesan Guna Lesen Tamat Tempoh

Kepada anda yang sering menggunakan perkhidmatan e-hailing, sangat penting ya untuk anda memilih syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen dari Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).

Ini kerana ia akan berkait soal keselamatan penumpang untuk ke lokasi ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Antara syarikat e-hailing yang berdaftar setakat 7 Mac 2023 dan ditelah dilesenkan oleh APAD adalah seperti berikut:

  1. AirAsia Ride Sdn Bhd (AirAsia)
  2. GrabCar Sdn Bhd (Grab)
  3. Aist Malaysia Sdn Bhd (Maxim)
  4. Asian Famous Tours & Travel Sdn Bhd (GoJo)
  5. Get Car Sdn Bhd (GetCar)
  6. Platform Apps Sdn Bhd (MyCar)
  7. Tune Travel Sdn Bhd (Tune Travel)
  8. Puncak Niaga Bersama Sdn Bhd (Taxi4u)
  9. Oso Capto Sdn Bhd (Capto)
  10. Tutucars Sdn Bhd (Tutucars)
  11. Ihantar Sdn Bhd (Ihantar)
  12. USGA (Malaysia) Sdn Bhd (JomRides)
  13. CabCar Sdn Bhd (Transporter)
  14. CubiqSoft Sdn Bhd (Unid)
  15. Eevom Sdn Bhd (Eevom)
  16. EzCab Sdn Bhd (EzCab)
  17. Global Transportation Network Sdn Bhd (Drive GTH)
  18. Gola Systems Sdn Bhd (Gola)
  19. Ideal Technology Advancement Sdn Bhd (Ciaoz)
  20. Moevd Groups Sdn Bhd (Moevd)
  21. PICK N GO Sdn Bhd (PICKnGo)
  22. Quicksent Ehailing Sdn Bhd (Quick Cab)
  23. Redipay Sdn Bhd (Redicar)
  24. Riding Pink Sdn Bhd (Riding Pink)
  25. Sackz Exclusive Sdn Bhd (MyGO)
  26. Siti Digital And Technology (Smart)
  27. Snapx Tech Sdn Bhd (Snapx)
  28. Texspo Technology Sdn Bhd (Texspo Cab)
  29. Traveler Tours Malaysia Sdn Bhd (MY2SG)

BACA JUGA: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya

BACA JUGA: Kenapa Tak Buat e-Hailing Motosikal Untuk Elak Kesesakan Jalan Raya? – Pakar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd