Kenapa Tak Buat e-Hailing Motosikal Untuk Elak Kesesakan Jalan Raya? – Pakar
Perkhidmatan e-hailing motosikal telah diwujudkan di negara seperti Indonesia untuk memudahkan pergerakan seseorang melalui jalan yang sesak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Boleh dikatakan hampir setiap hari jalan di sekitar Lembah Klang akan sesak. Tak kiralah waktu hari bekerja atau hujung minggu, aliran trafik agak tidak masuk akal kerana perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit tidak mustahil boleh bertukar dua jam.
Ditambah pula jika jalan tersebut sedang melakukan kerja pembaikan, semakin bertambah kesesakan di laluan berkenaan.
BACA JUGA: [Video] Pengunjung ‘Frust’ Hampir Sejam Tersekat Di Parkir Kereta IOI City Mall, Putrajaya
Di media sosial juga ramai yang meluahkan rasa penat terpaksa menghadap kesesakan jalan raya setiap kali balik bekerja selepas melihat video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (kamalitaewon).
Allahu tak dapat bayangkan betapa stress nya mental…kalau office hour punya working balik kerja let say 5:30pm/6pm.. ni dekat 8malam macam ni pun belum sampai rumah bersesak sesak jamm nye…hari² hadap macam ni diorang..esok keluar awal pagi lagi…serius boleh mental breakdown😖 pic.twitter.com/Ve6LudvkWz
— MK🤡 (카말)~me is retired IT guy. (@kamalitaewon) May 19, 2022
Aku kerja kat area Perlis, kelantan. Bila dah habis master kena tagging di HKL 2 minggu, ulang alik kajang-hkl setiap hari, stress gila hadap jem. Memang aku takkan kerja area lembah klang
— zaidi (@mrzack82) May 19, 2022
Balik rumah sekadar untuk rehat dan prepare untuk ke kerja semula esok. Work – life balance kelaut.
— zafranmustafa | PruBSN | Wedding Template (@zafranmustafa) May 19, 2022
Wujudkan e-hailing jenis motosikal untuk elak kesesakan jalan raya
Melihat kepada keluhan orang ramai, seorang pakar pengangkutan iaitu Rosli Azad Khan mencadangkan supaya perkhidmatan e-hailing jenis motosikal dipertimbang semula berikutan kesesakan jalan raya yang setiap hari berlaku.
Perkhidmatan e-hailing motosikal telah diwujudkan di negara iaitu Indonesia bagi membolehkan seseorang merentasi kesesakan lalu lintas dengan lebih cepat berbanding dengan menaiki pacuan empat roda.

Menurut laporan, Rosli juga berpendapat bahawa setiap penunggang yang ingin menawarkan perkhidmatan ini boleh disaring terlebih dahulu serta menyediakan insurans keselamatan untuk penumpang dan mewajibkan penggunaan GPS bagi memantau setiap perjalanan.
Namun sehingga kini, kerajaan Malaysia masih tidak membenarkan perkhidmatan berkenaan diperkenalkan berikutan isu keselamatan.
Perkara ini pernah dibahaskan semasa sidang Parlimen November 2021 oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.
Kementerian Pengangkutan buat setakat ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal selepas mengambil kira pelbagai aspek terutamanya dari segi isu keselamatan serta kebajikan penumpang.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.
Netizen minta kerajaan perbaiki sistem pengangkutan awam
Cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan e-hailing jenis motosikal ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ramai yang berpendapat kerajaan seharusnya menambah baik sistem pengangukutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) serta bas untuk digunakan oleh orang ramai bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.



Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bersetuju dengan cadangan mewujudkan perkhidmatan e-hailing motosikal bagi mengelakkan kesesakan.

Sebelum ini, Malaysia pernah melancarkan teksi motosikal yang bernama Dego Ride pada tahun 2015. Namun perkhidmatan berkenaan terpaksa dihentikan berikutan kebimbangan kerajaan terhadap keselamatan pengguna.
Pada tahun 2020, perkhidmatan Dego Ride telah dibenarkan beroperasi semula serta mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.