Now Reading
Jemaah Wanita Bawa Anak Dihalau Dari Ruangan Utama Masjid? Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Jemaah Wanita Bawa Anak Dihalau Dari Ruangan Utama Masjid? Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Difahamkan ruangan utama berhawa dingin di Masjid Puncak Alam itu dikhaskan untuk jemaah warga emas yang hadir lewat ke masjid.

Jemaah Wanita Dakwa AJK Masjid Tak Benarkan Solat Di Ruang Utama Kerana Bawa Anak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia dan dijanjikan ganjaran pahala kepada mereka yang melakukan apa jua kebaikan dan juga ibadah.

Antara amalan yang sangat digalakkan ketika bulan Ramadan adalah seperti bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan sebagainya.

Wanita haid pun boleh mengumpul pahala dengan melakukan beberapa perkara seperti menyediakan hidangan berbuka kepada mereka yang berpuasa, mendengar bacaan al-Quran, menjaga percakapan dan lain-lain.

BACA JUGA: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala

BACA JUGA: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua


AJK Masjid Didakwa Tidak Benarkan Kanak-kanak Berada Di Ruang Solat Utama

Boleh dikatakan hampir di setiap masjid sepanjang bulan Ramadan akan penuh kerana ramai yang ingin mendirikan Solat Sunat Tarawih berjemaah.

Namun, berlaku satu kejadian di Masjid Puncak Alam di mana beberapa jemaah wanita mendakwa mereka dihalang oleh pihak pengurusan masjid untuk bersembahyang di ruang utama kerana membawa kanak-kanak.

Jemaah Wanita Dakwa AJK Masjid Tak Benarkan Solat Di Ruang Utama Kerana Bawa Anak
Sumber: Islamic Tourism Centre

Tindakan itu membuatkan para jemaah terlibat berasa hairan kerana pihak Ahli Jawatan Kuasa (AJK) hanya memberi arahan kepada wanita sahaja. Jemaah lelaki yang membawa kanak-kanak tidak dikenakan tindakan yang sama.

Hasil tinjauan wartawan Berita Harian mendapati bahawa jemaah wanita yang membawa kanak-kanak diminta untuk mendirikan solat di ruangan luar dewan utama.

Salah seorang jemaah wanita yang dikenali sebagai Syima menjelaskan bahawa kedua-dua anak perempuannya berusia lima dan sembilan tahun tidak membuat bising kerana sudah biasa mengunjungi tempat ibadah tersebut.

Ketika selesai solat Maghrib, seorang petugas masjid datang dan menarik tangan anak saya berusia lima tahun dan mengarahkannya untuk solat di luar. Petugas itu memaklumkan hanya wanita dewasa sahaja boleh berada di ruang solat utama.

Jemaah wanita, Syima.
Jemaah Wanita Dakwa AJK Masjid Tak Benarkan Solat Di Ruang Utama Kerana Bawa Anak
Sumber: Masjid Puncak Alam

Seorang lagi jemaah bernama Norhidayah turut melalui perkara yang sama apabila dia dan anak perempuan berusia lapan dan 10 tahun diminta untuk solat di luar ruangan utama.

Difahamkan ruangan utama berhawa dingin itu dikhaskan untuk jemaah warga emas yang hadir lewat ke masjid.


Pemangku Nazir Masjid Puncak Alam Beri Penjelasan Tentang Salah Faham Yang Berlaku

Selepas berlaku salah faham melibatkan jemaah wanita yang hadir ke masjid itu semalam (22 Mac), Pemangku Nazir Masjid Puncak Alam iaitu Ustaz Ahmad Mujahid Mat Zan tampil memberi penjelasan.

Ustaz tersebut ketika dihubungi oleh wartawan Berita Harian mengambil maklum tentang perkara yang berlaku dan mengakui kesilapan tersebut.

Malah, pihak mereka juga akan meletakkan papan tanda yang jelas mengenai perkara itu.

Menurutnya, tiada masalah untuk kanak-kanak yang menjaga adab dan tingkah laku mereka untuk berada di ruang utama.

Mungkin ketika kami memberi taklimat, ada AJK Masjid yang kurang faham dan tidak jelas.

Pemangku Nazir Masjid Puncak Alam, Ustaz Ahmad Mujahid.

Umum sedia maklum, para jemaah Masjid Puncak Alam boleh meninggalkan anak-anak mereka di pusat jagaan yang disediakan sementara ibu mereka sedang bersolat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd