Now Reading
Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua

Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua

Untuk mereka yang mungkin mempunyai masalah kekangan masa ataupun keadaan tidak mengizinkan untuk bertandang ke masjid bagi menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah, ini panduan khas buat anda.

cara solat sunat tarawih

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setibanya bulan Ramadan, pasti ramai umat Islam yang berpusu-pusu untuk menggandakan amal ibadah dengan tujuan meraih pahala lebih. Tidak kisah dalam bentuk apa jua pun, baik bersedekah, membaca al-Quran, melebihkan solat sunat, pergi ke masjid untuk solat berjemaah, dan banyak lagi.

Yang penting, jangan pernah merasa penat dalam mengumpul pahala di bulan Ramadan ini kerana ganjarannya adalah besar di sisi Allah SWT.

BACA JUGA: Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran


Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah

Walau bagaimanapun, buat mereka yang mungkin mempunyai masalah kekangan masa ataupun keadaan tidak membenarkan untuk melakukan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid, jangan bimbang.

Berikut merupakan panduan serta cara solat sunat tarawih di rumah paling ringkas untuk anda:

  1. Lafaz niat solat sunat tarawih: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah taala.”
  2. Solat dua rakaat seperti biasa, kemudian bagi salam.
  3. Teruskan dua rakaat lagi. Cukup empat rakaat, bagi salam.
  4. Selesai empat rakaat, anda boleh ambil sedikit masa untuk berehat.
  5. Sambung lagi dua rakaat diikuti dua rakaat lagi untuk mencukupkan lapan rakaat.

Untuk bacaan surat solat sunat tarawih pula, boleh pilih mana-mana surah kesukaan anda. Contohnya seperti panduan di bawah:

  • Rakaat pertama: Surah al-Takathur.
  • Rakaat kedua: Surah al-Ikhlas.
  • Rakaat ketiga: Surah al-Asr.
  • Rakaat keempat: Surah al-Ikhlas.
  • Rakaat kelima: Surah al-Humazah.
  • Rakaat keenam: Surah al-Ikhlas.
  • Rakaat ketujuh: Surah al-Fiil.
  • Rakaat kelapan: Surah al-Ikhlas.

Cara Solat Sunat Witir

Untuk pengetahuan umum, solat sunat witir bukan sekadar dilakukan ketika bulan Ramadan sahaja. Malah, ia hendaklah dilaksanakan pada setiap malam kerana solat sunat witir ini hukumnya adalah sunat muakkad, yakni sunat yang paling digalakkan dalam Islam.

Bercakap tentang waktu pula, jangan bimbang kerana solat sunat witir ini boleh dilakukan sepanjang malam iaitu selepas menunaikan solat fardhu Isyak sehinggalah menjelang sebelum waktu solat Subuh.

Solat sunat witir dilakukan tiga rakaat dengan dua salam (2 rakaat + 1 rakaat).

Lafaz niat solat sunat witir adalah seperti berikut:

“Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat / 2 rakaat kerana Allah Taala.”

Kemudian, solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.

Untuk cadangan surah yang boleh dibacakan pula adalah seperti berikut:

  • Rakaat pertama: Surah al-Fatihah dan surah al-A’la.
  • Rakaat kedua: Surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
  • Rakaat ketiga: Surah al-Ikhlas/al-Falaq/an-Nas.

NOTA: Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan disunatkan untuk membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.


Doa Solat Sunat Witir

Amalan untuk berdoa ataupun berselawat ketika memulakan atau di antara solat tarawih tidak diharuskan jika seseorang itu tidak menghafalnya. Namun, tak salah juga jika anda ingin mengamalkannya.

Di bawah merupakan doa solat sunat witir yang boleh dibaca:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”


Semoga ibadah kita di bulan Ramadan yang mulia ini diterima oleh Allah SWT.

Dan, jangan lupa untuk niat berpuasa!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd