Now Reading
Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran

Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran

Terdapat kumpulan yang akan membaca 10 dan 20 juzuk al-Quran yang disertai lebih ramai pelajar kerana imam dibenarkan melihat al-Quran ketika solat.

cara solat sunat tarawih

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Antara ibadah yang sering dilakukan oleh umat Islam pada bulan Ramadan adalah menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah, membaca al-Quran, bersedekah, dan perkara mulia lain dengan tujuan mengumpul pahala lebih.

Bulan mulia ini pasti ramai yang berpusu-pusu untuk melakukan amal ibadah. Tak kisahlah dari bentuk apa pun, asalkan ia memberi manfaat kepada seseorang.

Dalam masa yang sama, dapat kumpul pahala, tak rugi kan?

BACA JUGA: Lakukan 8 Perkara Ini Untuk Pastikan Ramadan Lebih Produktif


Sekolah Pondok Di Indonesia Laksanakan 8 Jam Solat Tarawih Setiap Malam.

Sebuah sekolah di Magetan, Jawa Timur, Indonesia telah tular diperbahaskan di media sosial apabila penghuninya melaksanakan solat tarawih selama lapan jam setiap malam.

Menurut laporan detik.com, Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro, Eko Mahmudi menjelaskan bahawa sudah menjadi tradisi tahunan setiap kali Ramadan pelajar di sekolah itu akan melaksanakan ibadah tarawih dengan menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran.

Kredit gambar: detik.com

Solat tarawih akan dilaksanakan selepas solat isyak pada pukul 7 malam dan selesai pukul 3 pagi. Selepas itu, pelajar akan terus bersahur. Solat selama lapan jam akan lengkap dibaca 30 juzuk al-Quran.

Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro, Eko Mahmudi.

Sekolah yang mempunyai 17,000 pelajar itu membahagikan solat tarawih kepada beberapa kumpulan.

Terdapat kumpulan yang akan membaca 10 dan 20 juzuk al-Quran yang disertai lebih ramai pelajar kerana imam dibenarkan melihat al-Quran ketika solat.

Bagi 30 juzuk hanya disertai beberapa pelajar sahaja kerana syaratnya imam dan makmum mesti sudah menghafal al-Quran.

Setiap kumpulan mempunyai seramai enam imam pada setiap malam. Mereka akan membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang 20 rakaat solat tarawih. Ini bermakna setiap imam akan bergilir-gilir membaca lima juzuk al-Quran.

Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro, Eko Mahmudi.

BACA JUGA: Ada Niat Nak Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan? Cuba Ikuti Panduan Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd