Now Reading
[Video] Isu Cop Parking Belum Berakhir, Bila Ditegur Digelakkan Pula!

[Video] Isu Cop Parking Belum Berakhir, Bila Ditegur Digelakkan Pula!

Kejadian ‘cop’ parking itu difahamkan berlaku di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) ketika pameran MATTA Fair 2023 berlangsung pada 17 hingga 19 Mac lalu.

[Video] Lelaki Selamba 'Cop' Parking, Bila Ditegur Siap Boleh Gelak Lagi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali pergi ke pusat membeli-belah atau lokasi yang dihadiri oleh ramai pengunjung, memang agak sukar untuk mendapatkan parkir.

Ada pemandu terpaksa beberapa kali pusing di tempat meletak parkir kereta semata-mata untuk mencari ‘spot’ kosong. Kalau dapat satu pun memang bersyukur sangat dah.

Disebabkan mencari parkir ini boleh dikatakan sebagai ‘extreme sport’, ada yang sanggup membuat tindakan memalukan diri dengan berdiri di lot parkir kosong untuk ‘cop parking’.

Bukan sekali dua ya kejadian ini berlaku.

BACA JUGA: [Video] Kes ‘Cop’ Parking Kembali Lagi. Kali Ini Kereta Nombor Plate Singapura Pula

BACA JUGA: [Watch] Woman Reserves Parking Spot In Shopping Mall By Standing In One


Sekali Lagi Kes Individu ‘Cop’ Parking Berlaku, Kini Di MITEC Pula

Kejadian ‘cop’ parking sekali menjadi topik hangat masyarakat selepas tularnya satu video yang dimuat naik di laman TikTok (@larojtfl) menunjukkan seorang lelaki berdiri di tapak parkir kereta yang kosong.

Dalam video tersebut, lelaki berbaju merah memberitahu bahawa ruang parkir berkenaan ada miliknya walaupun dia dipercayai sudah meletakkan kenderaan di tempat lain.

Tindakan lelaki itu membuatkan ramai pemandu lain termasuklah pemilik video yang bengang dan menegurnya tetapi tidak diendahkan. Malah, dia siap boleh ketawa pula apabila ditegur oleh pemandu lain.

Pemilik video juga mempersoalkan tindakan lelaki itu yang ‘menghalau’ pemandu lain yang berada di hadapan keretanya ketika mereka juga ingin meletakkan kenderaan di ‘spot’ tersebut.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) ketika pameran MATTA Fair 2023 berlangsung pada 17 hingga 19 Mac lalu.

Video berkenaan meraih 382,300 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Pun Bengang Lihat Lelaki Itu Selamba Berdiri Untuk ‘Cop’ Parking

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka selepas melihat tindakan mementingkan diri yang dilakukan oleh lelaki tesebut.

Ada juga yang mencadangkan supaya tindakan lelaki itu dilaporkan kepada pihak polis agar diberikan denda setimpal dengan perbuatannya.

Selain itu, segelintir netizen juga berpendapat pemandu lain sepatutnya tidak menghiraukan lelaki berkenaan dengan terus meletakkan kereta mereka di lot parkir tersebut.


Tindakan Yang Boleh Dikenakan Jika Anda ‘Cop’ Parking

Pada Julai 2019, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pihak yang meletakkan sesuatu sebagai tanda ‘cop’ parking adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hukuman bagi pesalah ‘cop’ parking ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd