Now Reading
[Video] Kes ‘Cop’ Parking Kembali Lagi. Kali Ini Kereta Nombor Plate Singapura Pula

[Video] Kes ‘Cop’ Parking Kembali Lagi. Kali Ini Kereta Nombor Plate Singapura Pula

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, untuk mendapatkan spot parkir di pusat membeli-belah sememangnya dikenali sebagai ‘extreme sport’. Terutamanya ketika musim cuti sekolah. Pusing 10 kali di kawasan sama pun, belum tentu boleh jumpa.

Kadang-kadang ikut nasib juga, masa kita pusing itulah parkir di bahagian belakang atau lorong belakang muncul secara tiba-tiba. Sebab itu kena banyak bersabar.

Yang penting, jangan buat perangai ‘cop parking’.

BACA SINI: [Watch] Woman Reserves Parking Spot In Shopping Mall By Standing In One

Kes ‘Cop’ Parking Kembali, No Plate Kereta Dari Singapura

Baru-baru ini tular di media sosial di mana sebuah kereta dilihat meletakkan seorang wanita berbaju biru dan bertudung hitam untuk menunggu di tempat parkir kosong.

Menerusi video tular berkenaan, kereta yang sedang menunggu pada ketika itu telah menekan honk panjang dan beberapa kali untuk menyedarkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu bahawa parkir tersebut adalah miliknya.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak diendahkan oleh individu tersebut yang memandu kereta jenis Mercedes kerana mungkin menurutnya, dia telah ‘meletakkan’ seseorang orang cop parking.

Kejadian itu sekali lagi mengundang kemarahan masyarakat. Ada juga yang turut menasihati rakyat Malaysia yang tinggal di Johor Bahru untuk tidak ‘beri muka’ kepada rakyat Singapura jikalau perkara ini berulang lagi.

Cara terbaik adalah turun daripada kereta dan berbincang (bukan bergaduh ya). Cakap dengan nada yang elok, beritahu mereka bahawa perbuatan cop parking ini adalah salah di sisi undang-undang di Malaysia.

Sekolahkan mereka sedikit supaya mereka faham kerana mungkin segelintir daripada mereka tidak mengetahui tentang peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia, walaupun sering masuk ke sempadan.


Perbuatan Cop Parking

Menerusi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh JPJ Malaysia pada Julai 2019, perbuatan cop (letak kerusi/motor/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.

Undang-undang ini juga boleh digunapakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd