Now Reading
[Video] Terhibur Dengan Rambut Palsu, Netizen Puji Agong Tak Kekok Bergurau Dengan Rakyat

[Video] Terhibur Dengan Rambut Palsu, Netizen Puji Agong Tak Kekok Bergurau Dengan Rakyat

Pada asalnya, Yang di-Pertuan Agong berkenan memberikan wang sumbangan kepada lelaki itu untuk mewarnakan semula rambut kepada warna hitam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Masyarakat Malaysia memang sangat bertuah kerana mempunyai Raja dan Permaisuri yang sangat peramah dengan rakyatnya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan menikmati santapan dari KFC bersama rakyat ketika berkunjung ke restoran tersebut di Petronas Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan pelanggan yang lain di restoran KFC tersebut.

BACA JUGA: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]

https://www.buzzkini.com/trending/2022/12/29/bestnya-dapat-jumpa-tuanku-ramai-teruja-lihat-agong-bawa-keluarga-ke-kfc-untuk-santapan-tengah-hari-video/
Sumber: Facebook Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terhibur Lihat Lelaki Memakai Rambut Palsu

Sikap peramah Yang di-Pertuan Agong sekali lagi terserlah menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok Astro Awani (@501awani) baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Baginda dilihat sedang beramah mesra dengan penduduk sekitar Pulau Tioman pada 20 Februari lalu sambil memberikan sumbangan kepada orang ramai.

Ketika sedang melihat rakyat di sekelilingnya, Baginda tertarik dengan seorang lelaki yang dikatakan mempunyai rambut berwarna kelabu sebelum memberikan sumbangan kepadanya.

Sambil memberikan sumbangan itu, Baginda dengan nada bergurau memintanya untuk mewarnakan semula rambut kepada warna hitam.

Video-Terhibur-Dengan-Rambut-Naruto-Palsu-Netizen-Puji-Agong-Tak-Kekok-Bergurau-Dengan-Rakyat-2
Sumber: TikTok @501awani

Namun siapa sangka lelaki berambut kelabu itu rupa-rupanya hanya memakai sejenis topi dengan rambut palsu ala-ala dalam kartun Naruto.

Selepas mengetahui tentang rambut palsu itu, Baginda terus menepuk dahinya kerana terkejut dan terhibur melihat keadaan rambutnya sebenar.

Baginda juga berkenan untuk mengajak lelaki itu bergambar bersama-sama.

Topi ke? Saya kena tipulah. Saya bagi duit ke kamu untuk suruh potong rambut. Allahuakbar. Cuba cabut tu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga bejaya meraih 311,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7202230995280612610

Netizen Seronok Lihat Yang di-Pertuan Agong Mesra Dengan Rakyat

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang senang melihat sikap Baginda yang tidak kekok ketika beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Malah, ramai yang memuji Baginda kerana mudah untuk bergaul dengan rakyat dan membuatkan mereka juga senang dengan keberadaan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, ramai juga yang berharap agar Baginda dan Raja Permaisuri dapat melanjutkan tempoh mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia kerana sikap Baginda yang sangat peramah.

Sikap Baginda dan Raja Permaisuri Agong yang prihatin dengan nasib rakyat juga menjadi salah satu faktor mereka disenangi rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

BACA JUGA: Agong Tolak Gaji Sejak Malaysia Dilanda Pandemik

BACA JUGA: Her Majesty Raja Permaisuri Meets With Flood Victims In Pahang And Cooks For Them

BACA JUGA: Pertama Kali Dalam Sejarah, Yang di-Pertuan Agong Kongsi Pengalaman Pilih 4 Orang Perdana Menteri


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd