Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menolak gaji baginda kerana prihatin dengan keadaaan ekonomi rakyat yang semakin membebankan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji beliau sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sebagai langkah pertama bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap pimpinannya.
Dalam satu sidang media semalam (14 Disember), Anwar berkata bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menolak penerimaan gaji baginda sejak Malaysia dilanda pandemik Covid-19.
Memetik laporan Berita Harian, baginda berbuat demikian kerana prihatin dengan keadaaan ekonomi rakyat yang semakin membebankan.
Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji dari kerajaan sejak negara dilanda Covid-19 iaitu lebih awal daripada saya. Saya ingat, eloklah kita beri penjelasan ini.
Perdana Menteri Malaysia ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. (Sumber: MalayMail)
Sebelum ini, Kabinet telah bersetuju untuk memotong gaji 20% setiap bulan kepada para Jemaah Menteri sehingga ekonomi negara kembali pulih.
Tindakan tersebut dipersetujui ramai kerana bimbang dengan kehidupan rakyat yang semakin membebankan.