Now Reading
Pertama Kali Dalam Sejarah, Yang di-Pertuan Agong Kongsi Pengalaman Pilih 4 Orang Perdana Menteri

Pertama Kali Dalam Sejarah, Yang di-Pertuan Agong Kongsi Pengalaman Pilih 4 Orang Perdana Menteri

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah negara dengan memilih empat orang Perdana Menteri berbeza.

Pertama Kali Dalam Sejarah, Yang di-Pertuan Agong Kongsi Pengalaman Pilih 4 Orang Perdana Menteri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada pagi hari ini (13 Februari), istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada jam 10:00 pagi telah disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong kemudiannya diiringi ke sidang Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja selepas selesai majlis istiadat.

Berdasarkan takwim yang dipaparkan di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung pada 13 Februari sehingga 30 Mac 3023.

Persidangan Dewan Negara pula akan bermula pada 21 Mac sehingga 6 April 2023.

Yang di-Pertuan Agong Kongsi Pengalaman Pilih 4 Orang Perdana Menteri

Ketika menyampaikan Titah Diraja, Baginda menyifatkan peristiwa yang berlaku sepanjang bergelar Yang di-Pertuan Agong adalah suatu sejarah yang sukar untuk dilupakan.

Memetik laporan Astro Awani, Al-Sultan Abdullah turut bertitah bahawa Baginda merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah negara dengan memilih empat orang Perdana Menteri berbeza.

1. Perdana Menteri Ke-7: Tun Dr Mahathir Mohamad

tun-dr-mahathir-mohamad
Sumber: Asia House

Ketika Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri ke-7 yang dipilih selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

Namun buat pertama kalinya pada 24 Februari 2020, Baginda telah dibawa ke kancah gelanggang politik negara selepas peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA JUGA: YDPA Terima Perletakan Jawatan Tun M, Lantik Tun Sebagai Perdana Menteri Interim

2. Perdana Menteri Ke-8: Tan Sri Muhyiddin Yassin

tan-sri-muhyiddin-yassin
Sumber: MalayMail

Selaras dengan kuasa budi bicara yang diberikan kepada Baginda menerusi Perlembangaan Pesrsekutuan, Baginda telah memberi mandat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020.

Keputusan itu dititahkan oleh Baginda selepas mendapat kepercayaan majoriti.

BACA JUGA: Muhyiddin Dilantik PM Ke-8

Namun, Muhyiddin juga telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 16 Ogos 2021.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Beta sekali lagi terpaksa menggalas amanah berat untuk memilih dan melantik perdana menteri yang baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

3. Perdana Menteri Ke-9: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

datuk-seri-ismail-sabri
Sumber: MalayMail

Buat kali kedua, Baginda telah menitahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memegang jawatan Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 selepas memperolehi kepercayaan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat.

BACA JUGA: [Terkini] Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9

Tidak lama kemudian, Al-Sultan Abdullah membenarkan pula permohonan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen pada 10 Oktober 2022 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, negara ini berdepan dengan situasi Parlimen tergantung selepas selesai PRU15.

BACA JUGA: Perdana Menteri Ismail Sabri Umum Sah Bubar Parlimen & PRU15

Makanya, sekali lagi amanah berat untuk memilih dan melantik seorang perdana menteri terpaksa digalas oleh Beta. Betapa berat mata yang memandang, tetapi berat lagi bahu yang memikul.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

4: Perdana Menteri Ke-10: Datuk Seri Anwar Ibrahim

anwar-ibrahim
Sumber: MalayMail

Tanggal 24 November 2022, Baginda telah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dengan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Baginda berharap agar beliau adalah individu terakhir yang dilantik sebelum Baginda pulang semula ke Pahang.

Beta berharap agar Perdana Menteri ke-10 ini adalah yang terakhir buat Beta sebelum Beta berangkat pulang ke Pahang.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BACA JUGA: PRU15: Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Sebelum mengakhiri titah, baginda menyatakan semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT kerana manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd