Now Reading
[Video] Keluarga Piknik Di Dalam KLIA Undang Pelbagai Reaksi Di Media Sosial

[Video] Keluarga Piknik Di Dalam KLIA Undang Pelbagai Reaksi Di Media Sosial

Menerusi video tular di media sosial, keluarga berkenaan dilihat membawa periuk nasi (rice-cooker) berisi penuh dengan nasi yang sudah dimasak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia sememangnya memiliki pelbagai ragam. Ada yang mencuit hati sehingga tidak kering gusi dibuatnya, ada yang melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya demi meraih tontonan dan memiliki konten luar biasa di media sosial, serta banyak lagi.

Kadang-kadang tak tercapai dek akal bila fikir balik.

BACA JUGA: [Video] Kaki TikTok Berhenti Di Tengah Jalan Tun Razak Demi Konten. Motif?

Sumber: Tenor

Satu Keluarga Piknik Di KLIA?

Baru-baru ini, menerusi satu video yang dimuat naik oleh @naimgadget di TikTok telah tular menunjukkan video satu keluarga sedang berpiknik di dalam lapangan terbang, KLIA.

Menerusi video berkenaan, beberapa orang ahli keluarga dilihat duduk bersila di bawah lantai dengan beralaskan kain dan dipenuhi hidangan makanan termasuklah nasi yang dimasak di dalam periuk (rice-cooker).

Walau bagaimanapun, keluarga ini memilih lokasi yang tidak menghalang laluan orang ramai. Mereka dilihat ‘park’ di belakang kerusi tempat menunggu untuk menjamu selera beramai-ramai.

Luar biasa gelagat mereka ini.

Ramai Mula Persoal & Beri Reaksi Berbeza

Kes ini juga tidak terlepas untuk menjadi topik hangat di media sosial di mana rata-rata masyarakat turut meluahkan pendapat mereka berkaitan isu ini. Ada yang setuju, ada yang tidak, malah ada juga yang ‘neutral’ sahaja.

Pendek kata, bertikam lidah jugalah pengguna Twitter di bawah video ini.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Walau bagaimanapun, perkara ini sebaiknya dipertimbangkan terlebih dahulu oleh pihak tertentu. Mungkin boleh sediakan pek makanan untuk setiap individu dan makan di tempat duduk masing-masing.

Bukan apa, ia untuk mengelakkan perdebatan yang lebih mengeruhkan keadaan tentang perkara ini.

BACA JUGA: 10 Lokasi Yang Best Untuk ‘Camping’ Sekitar Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd