[Video] Kaki TikTok Berhenti Di Tengah Jalan Tun Razak Demi Konten. Motif?
Kalau ya pun nak buat konten di TikTok, janganlah sampai membahayakan orang lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Seorang ‘influencer’ tempatan baru-baru ini dikecam kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Kuala Lumpur demi mengeluarkan konten.
Dalam video yang dikongsikan oleh seorang netizen, influencer lelaki itu kelihatan berdiri di sebelah Ford Mustang berwarna kuning dengan sebotol petrol di tangan di Jalan Tun Razak.
Menyusahkan org https://t.co/SoOffU3CLt
— Vee (@iamafrodo) February 25, 2022
Di belakang keretanya terdapat dua lagi kereta yang kelihatan serupa menahan lalu lintas juga. Rupa-rupanya dia memberhentikan keretanya di tengah jalan yang sibuk kerana ingin mengisi petrol.
Pada masa yang sama, dia secara berseloroh mengadu bahawa dia ‘kesempitan wang’ pada bulan itu kerana terpaksa membayar cukai jalan RM20,000.
Bagaimanapun, netizen dapat melihat ‘lagak ngeri’ itu dilakukan semata-mata demi pengeluaran konten sahaja, bukannya ingin mengisi minyak pun.
1. Orang tuang pakai corong
— ben (@esenarx) February 25, 2022
2. Minyak petrol letak dalam botol minyak hitam?
3. Kompem content. Cakap nak tuang minyak pastu tutup balik botol
4. Benak dah bodoh pic.twitter.com/DQtctULBUp
Netizen mengecam lelaki berkenaan kerana mementingkan diri sendiri dan beranggapan ‘lakonan’ itu sememangnya mengarut.
Tak sangka sanggup berbual santai di tengah jalan raya hanya kerana konten. Nasib baiklah tiada laporan kemalangan jalan raya dilaporkan gara-gara golongan seperti ini.
Boleh lagi buat lembap eh diorang tengah jalan jammed cam tu. Bodoh yang tak main main
— أميرلأشراف (@asyraffbuya97) February 25, 2022
Netizen turut mengecam mereka dengan mengatakan hanya orang miskin yang akan membeli kereta mahal dan merengek tentang cukai jalan yang mahal.
Memandangkan membayar cukai jalan itu menjadi isu kepada pemandu, netizen berpendapat mungkin dia sepatutnya membeli kereta yang lebih mampu milik yang mengikut kemampuan sendiri.
Orang miskin je beli kereta lepas tu merungut roadtax mahal.
— joe (@joehannn_) February 25, 2022
Sembang bawa mustang pokai sebab bayar roadtax. Kalau ya pun, ukur dulu di badan sendiri sebelum nak pakai mustang tu. Boleh je pakai kereta mampu maintain tanpa mengeluh kan? 😌
— the mechanic (@FaiziqOhYeye) February 25, 2022
Beberapa netizen turut mencuba untuk mendapatkan perhatian pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit.
Siap ‘tagged’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyemak sama ada lelaki itu membayar cukai atau tidak.
@JPJ_Malaysia @PDRMsia tolonglah saman puak² bebal ni
— M.F (@eyedfarid) February 25, 2022
mohon ambil tindakan @PDRMsia_Trafik . org kaya mengada keje nak menyusahkan orang je.
— Nur Mukhlis Noordin (@qis_mukhlis) February 25, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.