Harga Petrol RON95 & Diesel Dijangka Lebih Tinggi Tahun Depan, Ikut Harga Pasaran
Maybank Investment (Maybank IB) menjangkakan harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi tahun depan dengan semakan semula subsidi bahan api.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baca tajuk berita pun dah menyeramkan.
Begitulah perasaan rakyat Malaysia, terutamanya pengguna kenderaan apabila mereka dijangka perlu membayar harga bahan api RON95 dan diesel mengikut harga pasaran apabila subsidi bersasar dijangka bakal dilaksanakan tahun depan, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).
BACA JUGA: Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi ‘Financially Stable’
Nota penyelidikan Maybank IB menjelaskan bahawa, “Kami menjangkakan harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi tahun depan dengan semakan semula subsidi bahan api.
“Kami difahamkan ujian mekanisme subsidi bersasar dimulakan bulan lalu dan akan berjalan tiga hingga enam bulan.
“Justeru, anggapan kami subsidi bahan api akan disemak semula tahun depan sebagai sebahagian agenda dalam Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober ini.”
Menurut sumber, nota berkenaan disediakan oleh tiga penganalisis bank pelaburan berkenaan, iaitu Dr Zamros Dzulkafli, Suhaimi Ilias dan Fatin Nabila Mohd Zaini.
Ubah Unjuran Kadar Inflasi 2022
Maybank IB turut menjelaskan bahawa pihaknya mengubah unjuran kadar inflasi 2022 kepada 3.3% berbanding 3.4% sebelum ini. Manakala kadar inflasi tahun depan diunjurkan pada 4.0% berbanding 4.1% sebelumnya.
Mengulas lanjut, Maybank berkara unjuran itu turut mempertimbangkan kesan rasionalisasi subsidi harga yang telah diumumkan dan dijangka akan dilaksanakan oleh kerajaan.
“Sebagai contoh, kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi harga minyak masak (tulen, tidak dicampur) dalam botol dua kilogram (kg), tiga kg dan lima kg berkuat kuasa 1 Julai lalu, tetapi mengekalkan subsidi minyak masak dalam polibeg satu kg berharga RM2.50 sepeket.
“Unjuran kadar inflasi kami untuk 2023 termasuk andaian beberapa pelarasan dalam harga bahan api dan tarif elektrik berikutan kajian semula subsidi pada 2023,” jelasnya.
Turut Ambil Kira Pelaksanaan 10% Cukai Jualan Barangan Import
Unjuran inflasi turut mengambil kira pelaksanaan 10% Cukai Jualan ke atas barangan import bernilai rendah dijual secara dalam talian berkuat kuasa tahun depan.
Unjuran juga difahamkan berikutan pelaksanaan penuh kenaikan gaji minimum ke atas semua majikan tahun depan berbanding pengecualian ke atas perniagaan kecil yang mempunyai kurang daripada lima pekerja tahun ini.
Dengan trajektori menaik dalam kadar inflasi tahunan, ditambah dengan pertumbuhan ekonomi lebih kukuh pada suku kedua 2022 dan tahun ini, Maybank IB menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) meningkatkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps) kepada 2.75% menjelang akhir tahun ini.
BACA JUGA: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)
Ia bakal membabitkan kenaikan sebanyak 25 bps setiap satu iaitu semasa dua lagi Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tahun ini iaitu pada 7 hingga 8 September 2022 dan 2 hingga 3 November 2022.
Kami juga menjangkakan kenaikan 25 bps lagi awal tahun depan untuk menjadikan OPR kembali ke tahap sebelum Covid-19 sebanyak 3.00% menjelang akhir suku pertama 2023.
Maybank Investment Bank (Maybank IB).
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.