Now Reading
Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi ‘Financially Stable’

Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi ‘Financially Stable’

Mungkin ada yang menganggap definisi kewangan yang stabil itu apabila boleh membayar komitmen tanpa perlu ‘ikat perut’.

Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi 'Financially Stable'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dalam tempoh di mana beberapa harga keperluan asas seperti minyak dan ayam yang semakin meningkat, pastinya topik tentang kewangan menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.

Kalau hidup bujang pun ‘terasa’ dengan kenaikan harga barang, apatah lagi sudah berkeluarga. Kadang-kadang nak belanja diri sendiri pun kena fikir dua tiga kali, risau hujung bulan nanti makan mi segera setiap hari.

Apabila bercakap soal duit, memang satu hari tak habis berbincang kerana tanpa wang mencukupi, agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan.

Sumber: MauKerja

Definisi ‘Financially Stable’ oleh rakyat Malaysia

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@mohdkautharr) mengajukan soalan secara terbuka kepada orang ramai tentang pandangan peribadi mereka terhadap definisi ‘financially stable’ atau dalam bahasa Melayu kewangan yang stabil.

Boleh tahan ramai juga bagi pendapat peribadi dan fahaman masing-masing tentang maksud kewangan yang stabil.

Antara pandangan yang diberikan adalah:

1. Mempunyai wang simpanan

Majoriti pengguna media sosial berpendapat bahawa kewangan yang stabil adalah apabila mereka mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.

2. Bebas hutang dan boleh bayar komitmen tanpa perlu ‘ikat perut’

Bila umur meningkat, bebanan hutang serta komitmen pun semakin bertambah. Contohnya kena bayar sewa rumah, kereta, motosikal, insurans, pinjaman bank dan sebagainya.

Sesetengah golongan menganggap ‘financially stable ‘ itu bermaksud apabila segala hutang sudah dilunaskan.

Dapat bayar segala komitmen tanpa perlu ‘ikat perut’ pun sudah dianggap ‘financially stable’.

Namun, ada pula berpendapat kewangan yang stabil itu adalah apabila mereka mempunyai gaji setiap bulan.

3. Boleh sedekah dan belanja ahli keluarga

Bila sudah besar, mesti ramai berniat untuk membalas budi ahli keluarga terutamanya ibu bapa yang membesarkan mereka.

Sesetengah masyarakat berpendapat ‘financially stable’ itu apabila mereka boleh membelanja ahli keluarga tanpa perlu risau dengan baki dalam akaun bank.

Malah, kebolehan untuk bersedekah kepada bukan ahli keluarga juga antara definisi yang diberikan oleh pengguna media sosial.

4. Tak berkira atau fikir dua tiga kali untuk membeli sesuatu

Antara impian yang ingin dimiliki oleh semua orang adalah berbelanja tanpa perlu tengok harga dan fikir dua tiga kali. Tahu-tahu dah masuk dalam ‘cart’ dan check-out.

5. Boleh makan sepuas hati

Bila bab makan pula, memang tidak dinafikan ada sesetengah hidangan di kedai makan biasa agak mahal seperti sotong dan udang.

Katanya kalau dapat makan menu ini tanpa perlu risau pun dikatakan sudah mempunyai kewangan yang stabil.

Perut kenyang, hati tenang.


Macam-macam pandangan yang dikongsikan oleh orang ramai dan boleh dikatakan setiap individu mempunyai definisi ‘financially stable’ tersendiri mengikut gaya kehidupan mereka.

Dalam keadaan ekonomi zaman sekarang ini, utamakan apa yang penting dahulu dan jangan abaikan kesihatan anda juga. Kena pandai seimbangkan okay?

BACA JUGA: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


8 tips untuk capai ‘financially stable’ pada usia muda

Nak hidup selesa, bukan senang dan kita pun kena bersedia untuk berkorban. Jom kami kongsikan beberapa tips bagi membantu anda mencapai kestabilan kewangan pada usia muda.

Antaranya:

  • Buat keputusan kewangan mengikut keperluan.
  • Melabur kepada diri sendiri untuk perkembangan dari segi fizikal dan mental.
  • Jana pendapatan sampingan mengikut kemahiran yang dimiliki.
  • Ikut bajet yang telah ditetapkan.
  • Tidak berbelanja melebihi jumlah gaji.
  • Kurangkan hutang terkumpul
  • Sediakan wang simpanan kecemasan.
  • Buat simpanan untuk aktiviti yang digemari seperti melancong dan membeli-belah.

BACA JUGA: 8 Perkara Ini Penting Untuk Capai Kestabilan Kewangan Di Usia Muda


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd