Now Reading
Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)

Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)

Bank Negara Malaysia (BNM) telah meningkatkan paras Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) kepada 2% daripada 1.75% sejak Julai 2020.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) dari 1.75% kepada 2% iaitu sebanyak 25 mata asas.

Keputusan itu dibuat selepas selesai mendapat persetujuan bersama dalam mesyuarat MPC yang berlangsung pada Selasa, 11 Mei 2022.

Sebelum ini, OPR berada pada paras 1.75% sejak bulan Julai 2020. Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman web BNM, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR dinaikkan juga kepada 2.25% dan 1.75%.

Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah elemen yang sangat penting dalam dasar monetari Malaysia dan boleh memberi kesan kepada pelbagai urusan kewangan seperti kadar deposit dan pinjaman, pertukaran matawang asing serta faedah pembiayaan perumahan.

Secara ringkasnya, OPR ialah kadar faedah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada peminjam yang membuatkan pinjaman wang dalam tempoh satu malam.

Dalam operasi harian, rizab wang tunai akan berubah-ubah bergantung kepada aktiviti peminjaman, pengeluaran wang serta deposit oleh pelanggan yang melibatkan pihak bank.

Sumber: Twitter

Apa yang berlaku jika kadar OPR meningkat?

Menerusi perkongsian di laman Twitter (HiWealthAsia), pengguna Twitter ini memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang perlu anda ketahui tentang isu hangat yang menjadi perbualan melibatkan OPR dan juga BNM.

Untuk pengetahuan anda, bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank juga akan bertambah dan kelayakan untuk membuat pinjaman baharu juga akan diperketatkan selepas BNM mengumumkan kadar peningkatan OPR kepada 2%.

Bukan itu sahaja, pembayaran balik untuk pembelian rumah dan pinjaman peribadi juga akan meningkat. Namun, kadar pinjaman kereta yang berkadar tetap tiada perubahan kepada jumlah pembayaran bulanan.

Sumber: Twitter

Kepentingan OPR dalam menjamin ekonomi

1. Peningkatan kadar OPR digunakan untuk mengurangkan risiko inflasi

Sebelum negara kita dilanda pandemik, kadar OPR adalah sebanyak 3% hingga 3.25%. Penurunan kadar ini bermula sejak Januari 2020 dengan kadar 2.75% dan dilihat semakin menurun sehingga Mac 2022.

Peningkatan kadar OPR kepada 2% dapat memberi petunjuk kepada pelabur asing bahawa ekonomi negara semakin pulih selepas pandemik.

Sebelum ini, kadar OPR diturunkan sebanyak lima kali dalam tempoh empat tahun sejak 2018 dan paling rendah pada Julai 2020. Keputusan itu dibuat ketika pandemik bagi mengukuhkan kuasa beli rakyat dan mengerakkan ekonomi negara.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Secara mudahnya, duit lebihan rakyat kurang digunakan untuk membayar hutang bank sebaliknya digunakan untuk membeli barangan. Dengan cara begini, kegiatan ekonomi tidak akan lumpuh kerana kuasa beli rakyat telah bertambah.

Namun peningkatan kuasa beli dengan kadar OPR yang rendah akan menyebabkan risiko berlakunya inflasi. Walaupun sekarang harga barangan semakin meningkat, rakyat dilihat masih mampu untuk melakukan pembelian dan ini menjadi salah satu punca masalah inflasi boleh berlaku dengan lebih teruk.

Bagi mengatasi masalah tersebut, sebab itulah pentingnya kadar OPR perlu dinaikkan.

2. Peningkatan OPR boleh kukuhkan matawang Ringgit Malaysia (RM)

Selain untuk mengatasi inflasi, kenaikan kadar OPR juga adalah untuk mengukuhkan lagi matawang Ringgit Malaysia (RM) yang dilihat semakin menurun berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) dan Dolar Singapura (SGD).

Nilai matawang USD dan SGD juga menunjukkan pengukuhan selepas mereka meningkatkan kadar faedah yang lebih tinggi. Semakin tinggi kadar faedah, semakin banyak keuntungan yang diperolehi oleh para pelabur.

Sumber: Berita Harian

Kadar OPR dijangka akan meningkat sedikit demi sedikit dalam tempoh tertentu.

Walaupun keputusan ini kurang mendapat sokongan daripada segelintir masyarakat pada peringkat awal, tetapi langkah yang diambil oleh BNM dibuat untuk memulihkan kembali ekonomi negara.

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia menghadapi perubahan ini adalah seperti berikut:

  • Semak semula dengan pihak bank tentang bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar.
  • Rancang perbelanjaan dengan baik dan tidak boros.
  • Sentiasa bertukar maklumat dengan kenalan dan ahli keluarga tentang kewangan negara.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd