Now Reading
Kanak-kanak 6 Tahun Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh

Kanak-kanak 6 Tahun Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh

Kanak-kanak autisme itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh neneknya dalam mesin basuh pakaian di rumah sebelum dikejarkan ke hospital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (16 Oktober) satu kes menyayat hati dilaporkan berlaku di Perak apabila seorang nenek telah menemukan cucunya yang baru sahaja berumur enam tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh pakaian.

Insiden tersebut difahamkan berlaku di rumah mangsa di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan tentang kematian kanak-kanak lelaki itu diterima jam 11.44 pagi oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pada awalnya, kanak-kanak berkenaan ada bersama dengan ahli keluarga yang lain di dalam rumah sebelum dia kemudian ditemukan berada dalam mesin basuh oleh neneknya kira-kira jam 9.30 pagi.


Mangsa Alami Kecederaan Di Kepala

Selanjutnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans namun disahkan meninggal dunia jam 11.02 pagi semalam.

“Mangsa yang juga kanak-kanak autisme itu telah diberikan bantuan pernafasan (CPR) namun tidak menunjukkan tanda positif sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul,” kata Yahaya Hassan.


Polis Seru Orang Ramai Jangan Biarkan Anak Kecil Tanpa Pengawasan

Sisatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terjadi di bawah Seskyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Dalam pada itu, pihak polis menyeru orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga agar tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing ditinggalkan tanpa pengawasan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: “Syurga Buatmu, Dik” – Budak 8 Tahun Maut Dihempap Dinding Ketika Berwuduk

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Maut Digilis Lori Lepas Pulang Sambut Raya Di Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Kepala Kanak-kanak 3 Tahun Disepit Antara 2 Pokok Sebelum Dibunuh Dengan Kejam Di Lahad Datu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd