Now Reading
“Syurga Buatmu, Dik” – Budak 8 Tahun Maut Dihempap Dinding Ketika Berwuduk

“Syurga Buatmu, Dik” – Budak 8 Tahun Maut Dihempap Dinding Ketika Berwuduk

Mangsa mengalami kecederaan parah telah dibawa orang awam ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video di laman X (Twitter) yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dilaporkan maut selepas dihempap oleh tembok dinding pagar di sebuah masjid.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang mengambil wuduk di Masjid Raya Lubuk Minturun yang terletak di daerah Lubuk Minturun, Kecamatan Koto Tangah, Kota Padang, Indonesia pada Isnin lalu (18 September 2023).

Menerusi video tersebut, kejadian memaparkan kanak-kanak itu bersama seorang lagi rakannya di luar masjid berkenaan sedang mengambil wuduk berhampiran kawasan parkir.


Motosikal Hilang Kawalan Langgar Tembok Dinding Disyaki Punca

Sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku, kelihatan beberapa orang awam yang berada di kawasan tersebut sedang meletakkan kenderaan mereka di parkir sebelum hilang kawalan sehingga merempuh tembok.

Oleh yang demikian, impak daripada rempuhan berkenaan telah membawa kepada insiden parah di mana menyebabkan pagar masjid itu runtuh lalu menghempap mangsa yang sedang mengambil wuduk pada ketika itu.

Rakan mangsa pada ketika itu selamat daripada dihempap kerana sempat melarikan diri sejurus tembok tersebut jatuh.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dibawa orang awam ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menjengah di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa hiba terhadap kejadian yang menimpa mangsa.

“Syurga untukmu, adik. Moga si pelaku dapat hukuman setimpal,” tulis seorang pengguna di laman X (Twitter).

Malah, ramai juga yang mendoakan buat kanak-kanak ini untuk diberikan ganjaran syurga.

Sumber: X (Twitter)

Dihempap Runtuhan Dikira Mati Syahid

Sekadar info, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, golongan meninggal dunia akibat runtuhan bangunan atau gempa bumi merupakan mereka yang tergolong dalam kategori orang mati syahid akhirat dan jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah-jenazah lain mengikut syariat islam.

Malah, golongan mati syahid mempunyai kedudukan dan darjat tinggi di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلصِّدِّيقُونَ ۖ وَٱلشُّهَدَآءُ عِندَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلْجَحِيمِ

Maksudnya: “Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang “Siddiqin” dan orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya. Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.”


Salam takziah buat keluarga mangsa.

Semoga anak soleh ini diberikan ganjaran syurga. Ameen YRA.

Sumber: Majoriti | X (Twitter @Amrlamnnn) | Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd