Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kejadian kemalangan yang tragik telah menyayat hati seorang ibu selepas dia dan anak perempuannya terlibat dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambilnya dari sekolah.
Pada hari tersebut, anak perempuannya telah menyambut perayaan Aidilfitri di sekolah bersama rakan-rakan dan para guru.
Namun, keadaan gembira bertukar tragik selepas murid sekolah rendah berusia 10 tahun itu maut di lokasi kemalangan selepas dilaporkan telah digilis oleh sebuah lori di Jalan Kampung Baru Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam (19 Mei).
Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 1.45 petang itu berlaku selepas motosikal yang ditunggang oleh ibu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
Sumber: Facebook Zafirah Anis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad memaklumkan si ibu sempat menyelamatkan diri manakala anaknya yang membonceng telah digilis lori dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber: Kosmo
Mayat kanak-kanak bernama Airis Iman itu telah dihantar ke unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat manakala ibunya yang cedera ringan juga dirawat di hospital yang sama.
Kes kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.