Now Reading
Dari Mana Datangnya Nama Minyak Diesel? Lelaki Ini Dedah Sejarah Di Sebaliknya

Dari Mana Datangnya Nama Minyak Diesel? Lelaki Ini Dedah Sejarah Di Sebaliknya

Pak Haji sempat membuat gurauan bahawa Diesel itu adalah jurutera yang mencipta enjin diesel dan bukannya pelakon Hollywood bernama Vin Diesel.

asal usul nama minyak diesel

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, terdapat dua jenis bahan api yang digunakan bagi menggerakkan kenderaan iaitu minyak petrol dan diesel.

Kebiasaannya minyak petrol digunakan untuk kenderaan pacuan empat roda seperti kereta dan motosikal manakala minyak petrol pula digunakan untuk muatan berat termasuklah bas dan lori.

Walaupun fungsi kedua-dua jenis minyak ini adalah sama iaitu untuk menggerakkan kenderaan, tetapi kandungan di dalam bahan api ini berbeza dari segi jumlah petroleum dan campuran hidrokarbon.


Dari Mana Asal Usul Perkataan Minyak Diesel?

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook Petronas Pulai Perdana, seorang lelaki dikenali sebagai Pak Haji berkongsi ilmu yang cukup bermanfaat tentang sejarah di sebalik nama minyak diesel.

Pak Haji menjelaskan bahawa minyak diesel mula dicipta oleh seorang jurutera selepas melihat perkembangan enjin pada zaman dahulu yang menggunakan minyak petrol bagi menggerakkan pacuan empat roda.

Sumber: Kementerian Kewangan

Kemajuan teknologi enjin dalam kenderaan yang lebih besar juga telah memberi ilham kepada seorang jurutera untuk mencipta minyak jenis diesel bagi menggerakkan kenderaan yang berat ini.

Seiring dengan perkembangan enjin petrol untuk kenderaan pada zaman dulu, ada juga para jurutera yang mencipta enjin kenderaan yang besar menggunakan minyak yang tidak terlalu panas seperti petrol. 

Pak Haji

Untuk pengetahuan umum, nama minyak diesel itu telah diambil bersempena dengan nama jurutera Jerman yang mencipta enjin untuk kenderaan berat iaitu Rudolf Diesel.

Enjin ini menggunakan minyak diesel kerana minyak yang digunakan berbeza dari petrol mereka pada waktu itu. Untuk memudahkan, mereka menamakan minyak diesel sempena nama jurutera saintis yang mencipta enjin diesel iaitu seorang warga Jerman yang bernama Rudolf Diesel.

Pak Haji

Sebelum mengakhiri video, Pak Haji juga sempat membuat gurauan bahawa Diesel itu adalah jurutera yang mencipta enjin diesel dan bukannya pelakon Hollywood bernama Vin Diesel.


Apa Perlu Buat Jika Tersalah Isi Minyak Kereta Biasa Guna Minyak Diesel?

Meskipun mengisi minyak adalah perkara yang sering dilakukan, tetapi masih ada segelintir individu yang tersalah mengisi jenis bahan api pada keretanya.

Alamak, apa yang perlu dilakukan kalau tersalah isi bahan api diesel ke dalam kereta berenjin petrol?

Sebelum itu, anda perlu mengenal pasti beberapa petanda sekiranya tanpa sengaja mengisi minyak jenis diesel ke dalam enjin petrol seperti:

  1. Asap hitam akan keluar daripada bahagian ekzos akibat pembakaran dalam enjin yang tak sempurna.
  2. Enjin akan mula tersengguk-sengguk dan hilang daya.
  3. Tidak lama selepas itu, enjin akan mati dan tidak dapat dihidupkan lagi.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Tersilap Masukkan Minyak Diesel Dalam Kereta Petrol

Sekiranya situasi ini berlaku, jangan risau kerana kenderaan anda masih boleh diselamatkan berdasarkan beberapa situasi berikut:

  • Anda mula menyedari semasa sedang mengisi bahan api

Jika minyak diesel itu hanya sempat mengisi kurang dari 5% kapasiti tangki, apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi sisa tangki dengan petrol.

Ini kerana bahan api jenis diesel mudah bercampur dengan petrol dan anda boleh terus memandu tanpa ada masalah.

Sumber: Careta
  • Anda mula menyedari selepas selesai mengisi bahan api

Jika anda menyedari kesilapan tersebut selepas mengisi diesel lebih daripada 5% daripada kapasiti tangki, jangan hidupkan enjin dan segera panggil perkhidmatan trak tunda.

Selepas itu, tunda kenderaan anda ke pusat servis untuk mengeluarkan bahan api yang lama dari tangki. Setelah selesai, bilas tangki dan isi dengan petrol.

Sumber: Iluminasi
  • Anda mula menyedari selepas memandu kereta

Ini merupakan situasi yang paling buruk dan berisiko untuk menyebabkan masalah enjin yang lebih serius.

Namun jangan panik, sebaik sedar anda tersalah isi jenis bahan api semasa memandu, segera berhentikan kenderaan di kawasan yang selamat dan matikan enjin.

Panggil bantuan mekanik atau perkhidmatan trak tunda dan hantar kereta ke stesen servis yang terdekat.

Sumber: Careta

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda semua sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini pada masa akan datang.

(Tapi harap-harap tak adalah).

Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Kalau Tersalah Isi Minyak Diesel Pada Kereta Petrol? Ini Yang Anda Wajib Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Nampak Ruang Petak Kuning Di Stesen Minyak? Ini Fungsi Sebenarnya

Baca Artikel Berkaitan: Rhyss William Banding Harga Petrol Di Malaysia & UK, Luah Rasa Syukur Tinggal Di Sini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd