Rhyss William Banding Harga Petrol Di Malaysia & UK, Luah Rasa Syukur Tinggal Di Sini
Rhyss menjelaskan keunikan stesen minyak di United Kingdom adalah mereka boleh memilih sendiri harga minyak di setiap stesen petrol.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau bercakap tentang harga minyak petrol di Malaysia, mesti ada pelbagai reaksi yang diberikan oleh masyarakat terutamanya kepada mereka yang menggunakan kenderaan setiap hari.
Walaupun fungsi minyak petrol adalah sama, tetapi harganya berbeza di setiap negara.
Boleh jadi harga minyak petrol di sesebuah negara itu berkali ganda lebih mahal berbanding negara lain kerana ianya perlu diimport. Perkara sama turut dikongsikan oleh influencer kelahiran United Kingdom (UK) Rhyss William.
Rhyss William Dedah Harga Minyak Di United Kingdom (UK) Lebih Mahal Dari Di Malaysia
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@si_rhyss), ‘food reviewer’ terkenal di Malaysia itu telah mendedahkan harga minyak petrol di negara asalnya.
Ketika ingin mengisi minyak kenderaan di UK, Rhyss menjelaskan keunikan stesen minyak di sana adalah mereka boleh memilih sendiri harga minyak di setiap stesen petrol.
Bukan itu sahaja, kedua-dua nozel juga mempunyai warna yang sama iaitu hijau. Tetapi yang membezakannya antara RON95 dan RON97 adalah melalui label yang diletakkan.
Satu yang unik pada stesen minyak di UK ni dia boleh pilih harga sendiri. So kalau ada yang murah sikit, semua orang berebut nak isi minyak (sambil menunjukkan keadaan kereta yang banyak di stesen minyak).
Rhyss William.
Selepas selesai mengisi minyak, Rhyss mendedahkan harga dia mengisi minyak kereta tetapi tidak memenuhi tangki adalah berjumlah 55GBP iaitu sekitar RM320.
Ni bukan kereta besar juga tu, so bersyukur dekat Malaysia minyak semua murah dan boleh mampu. Memang terasa la dekat sini. Sebab itu ramai orang tak drive, sebab dia punya minyak, kereta, insurans semua agak mahal di sini.
Rhyss William.
Di akhir video itu juga, Rhyss memberi nasihat agar tidak menukarkan jumlah wang yang digunakan kepada matawang yang biasa dipakai.
“Satu pengalaman yang menarik bila kita kira. Orang kata jangan convert. Itu dia punya rahsia,” kata Rhyss.
@si_rhys Tu la jangan convert kan dah menyesal.. 😅🥲 Korang yang sibuk tanya macam mana harga minyak kat UK tu, ni haa saya share sikit 🥵 Korang jangan ikut pulak pergi convert duit Malaysia kalau isi minyak kat sini takut menangis je nanti 😂 #MatSallehCariMakan #IsiMinyak #97 #95 #Malaysia #UK #FullTank #IniStyleKita #jalanjalancariminyak
♬ original sound – Rhys William – Rhys William
Netizen Terkejut Tengok Harga Minyak Petrol Di UK
Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terkejut selepas mengetahui harga sebenar minyak petrol di UK.
Namun, ada juga netizen membandingkan harga minyak kenderaan tersebut yang dikatakan setanding dengan gaji mereka yang agak tinggi.
Pada masa yang sama, sesetengah netizen pula berpendapat bahawa 55GBP untuk mengisi minyak hampir penuh itu cukup mahal kerana mereka dikatakan hanya mengisi 10$ sahaja bagi memenuhkan tangki.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan di negara manakah dia menetap ketika ini.

Harga Minyak Petrol Di Malaysia
Sehingga 4 Oktober 2023, harga runcit minyak petrol di Malaysia bagi RON berbeza adalah seperti berikut:
- RON97: RM3.47 seliter
- RON95: RM2.05 seliter
- Diesel: RM2.15 seliter
Harga ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 27 September lalu.
Untuk info, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan. Namun, kerajaan Malaysia masih mengekalkan harga runcit ini.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Kereta Singapura Isi RON95 Di Malaysia, KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Nampak Ruang Petak Kuning Di Stesen Minyak? Ini Fungsi Sebenarnya
Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Kalau Tersalah Isi Minyak Diesel Pada Kereta Petrol? Ini Yang Anda Wajib Tahu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.