Pernah Nampak Ruang Petak Kuning Di Stesen Minyak? Ini Fungsi Sebenarnya
Lelaki dikenali sebagai Pak Haji ini yang merupakan pemilik stesen minyak berasa bertanggungjawab untuk mendidik pengguna tentang fungsi petak kuning itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Setiap kali apabila kenderaan anda sudah hampir kehabisan minyak, semua pemandu akan menuju ke lokasi yang sama iaitu stesen minyak berhampiran.
Perasan tak di setiap stesen pam minyak, akan ada ruangan petak kuning yang menjadi tempat kereta anda diletakkan sebelum mengisi minyak.
Mungkin ramai yang ingat ruangan itu hanya memberi tanda untuk meletakkan kereta. Sebenarnya ia berfungsi untuk perkara lain ya.
Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Setiap Stesen Pam Minyak
Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (@petronasbukitkempas), seorang lelaki dikenali sebagai ‘Pak Haji’ merangkap pemilik stesen minyak berkenaan menerangkan kegunaan sebenar petak kuning yang terdapat di setiap terminal pam minyak.
Dalam video berkenaan, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dijadikan sebagai contoh di mana tangki kereta diletakkan dari arah berlawanan dengan muncung pam petrol.
Keadaan itu sengaja dilakukan untuk menjelaskan tentang fungsi petak kuning di setiap terminal.
Menurut Pak Haji, petak kuning itu digunakan sebagai pengukur jarak dari muncung pam petrol ke tangki kereta anda.
Selagi muncung itu berada di dalam petak kuning walaupun hos sudah ditarik dengan maksimum, anda tak perlu risau sekiranya posisi tangki minyak kereta berada di tempat yang salah.
@petronasbukitkempas Pak Haji nak komgsi apa fungsi petak kuning di stesen minyak #pakhajipetronas #pakhaji #petronasbukitkempas
♬ original sound – Petronas Bukit Kempas – Petronas Bukit Kempas
Ramai Rupanya Yang Baru Tahu Fungsi Sebenar Petak Kuning Di Setiap Stesen Minyak
Di ruangan komen video tersebut, ramai juga netizen yang memberitahu bahawa ilmu dikongsikan itu adalah pengetahuan baru kepada mereka.
Penulis sendiri pun baru tahu tentang fungsi sebenar petak kuning ini di stesen pam minyak. Selama ini ingatkan hanya digunakan sebagai tanda meletakkan kereta.


BACA JUGA: [Foto] Kereta Rempuh Pam Petrol Di Petronas LDP, Pemandu ‘Lesap’ Dari Lokasi
BACA JUGA: [Video] Bumbung Pam Minyak Shell Hampir Roboh Dirempuh Lori Besar
Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Berada Di Stesen Minyak
Stesen minyak boleh menjadi lokasi berisiko untuk berlakunya kebakaran sekiranya pengguna mengabaikan langkah keselamatan yang perlu dilakukan.
Dalam pada itu, banyak juga kes jenayah yang berlaku apabila pengguna cuai dengan keadaan sekeliling.
BACA JUGA: Polis Buru 2 Lelaki Kes Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras
Jadi apabila anda berada di stesen minyak, pastikan anda melakukan beberapa perkara seperti berikut untuk tujuan keselamatan. Antaranya:
- Tidak menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak.
- Tidak merokok.
- Mematikan enjin ketika sebelum mengisi minyak kereta.
- Menyimpan barangan peribadi di tempat tersorok.
- Membebaskan cas elektrostatik pada kenderaan anda dengan memegang badan kereta sebelum mengisi minyak.
- Jangan duduk di atas motor ketika mengisi minyak
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Vintage Items At Home, Perks Of Having Hoarder Parents