Now Reading
[Video] 12 Buah Rumah Kedai Di Jalan Kampung Cina, Terengganu Musnah Dijilat Api

[Video] 12 Buah Rumah Kedai Di Jalan Kampung Cina, Terengganu Musnah Dijilat Api

Lima buah rumah kedai di Kampung Cina, Kuala Terengganu dilaporkan musnah 100%, manakala selebihnya ada yang musnah 90%, 50% dan ada yang hanya 30%.

Deretan rumah kedai di Kampung Cina Kuala Terengganu terbakar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (18 September), sebuah kebakaran telah berlaku di Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu melibatkan deretan 12 buah rumah kedai termasuk sebuah kedai emas musnah dijilat api.

Menurut laporan, pemilik Kedai Emas Seri Cahaya, Mohd Ridzuan Mohd Yasin, 39, menjelaskan dia diberitahu tentang kejadian pada 8:15 malam oleh rakannya.

Saya tutup kedai 5 petang tadi dan pulang ke rumah di Hiliran (di sini)… Selepas tahu kedai terbakar saya bergegas ke kedai tapi masa sampai api dah marak dan bomba tak benarkan saya masuk. Saya tak sempat nak selamatkan apa-apa dan tak tahu setakat mana tahap kerosakan barang kemas yang ada dalam kedai.

Pemilik Kedai Emas Seri Cahaya, Mohd Ridzuan Mohd Yasin menerusi Astro Awani.

Jelasnya lagi, kedai milik keluarganya itu sudah beroperasi sejak 25 tahun lalu dan terdapat peti besi untuk menyimpan stok barangan kemas, selain beberapa buah mesin dan peralatan pertukangan emas lain di sana.

Mohd Ridzuan turut dimaklumkan bahawa kebakaran tersebut bermula dari sebuah kedai kain dan menyebabkan api marah dengan cepat ke kedai bersebelahan.

Mengulas lanjut, difahamkan empat keluarga yang menginap di deretan rumah kedai tersebut kini tinggal sehelai sepinggang. Salah seorang ahli keluarga mangsa, Cham Lau Wee, 53, memberitahu ketika kejadian dia sedang makan di medan selera berhampiran, lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Ada empat orang keluarga tinggal di rumah keluarga (pusaka) kami ini, tapi semua tak ada di rumah masa kejadian. Abang dan kakak ipar pergi Melaka, dua lagi kakak keluar bersenam, saya tinggal di rumah berasingan di Jalan Sultan Sulaiman. Saya tak sempat selamatkan apa-apa termasuk tiga motosikal dalam rumah sebab masa sampai api dah besar.

Cham Lau Wee.

Dia menjelaskan rumah berstruktur papan itu sudah didiami olehnya dan keluarga selama lebih 60 tahun.


Bomba Tiba Lebih Awal Susulan Laporan Orang Awam Ke Balai

Disebabkan jarak balai bomba dari tempat kejadian hanya 800 meter, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohd Khairiri Mat Rasad @ Arshad menjelaskan pihaknya sudah sampai lebih awal selepas menerima aduan dari orang awam yang terus membuat laporan di balai.

Lima buah rumah kedai musnah 100%, manakala selebihnya ada yang musnah 90%, 50% dan ada yang hanya 30%. Api berjaya dikawal dalam 45 minit manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohd Khairiri Mat Rasad @ Arshad menerusi Astro Awani.

Kebakaran Deretan Rumah Kedai Di Kampung Cina, Kuala Terengganu: Kerja Pembaikan & Pembangunan Semula Akan Diperinci – ADUN

Menerusi laporan sumber, kerja-kerja pembaikan dan pembangunan semula akan diperincikan akibat kejadian kebakaran yang melibatkan 12 deretan rumah kedai di Kampung Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Kuala Terengganu, Ahmad Shah Mohamed menjelaskan pihak akan membincangkan perkara berkenaan bersama pimpinan kerajaan negeri.

Insya-Allah perkara itu akan dibincangkan di peringkat kepimpinan kerajaan negeri dan kebiasaannya kerajaan tidak akan biarkan perkara ini tanpa sebarang pembaharuan atau pembaikan. Insya-Allah kita akan tengok dan kita akan nilai apa-apa yang sesuai untuk kita bagi bantuan untuk pembangunan kembali tempat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Kuala Terengganu, Ahmad Shah Mohamed menerusi Astro Awani.

Beliau turut berkata pihaknya akan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat termasuk memberikan penginapan kepada mereka yang kehilangan kediaman akibat insiden berkenaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd