Now Reading
Nurul Izzah Anwar Sah Bergelar Isteri Selepas Hampir 7 Tahun ‘Single’

Nurul Izzah Anwar Sah Bergelar Isteri Selepas Hampir 7 Tahun ‘Single’

Suaminya difahamkan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai sendiri oleh Nurul Izzah Anwar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (5 Ogos), Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dilaporkan selamat diijabkabulkan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

BACA JUGA: Nurul Izzah Anwar Dilantik Sebagai Naib Presiden PKR

Nurul Izzah telah memaklumkan tentang perkahwinan tersebut menerusi hantaran di akaun media sosial miliknya sendiri pada lewat malam semalam.

Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

Nurul Izzah menerusi hantaran di media sosial.

Menerusi hantaran yang sama, Nurul Izzah turut memuat naik sebuah hadis tentang perkahwinan iaitu, “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).

Nurul Izzah dan pasangan mengakhiri hantaran dengan meminta doa orang ramai agar sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.


Untuk rekod, Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, namun berakhir dengan penceraian pada tahun 2015.

Beliau merupakan anak sulung kepada Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah adalah salah seorang yang bergiat aktif dalam Reformasi 1998 sehinggakan wajahnya muncul dalam berita antarabangsa CNN dan BBC.

Ketika berusia 18 tahun, Nurul Izzah juga digelar sebagai ‘Puteri Reformasi‘ kerana peranan, semangat dan kecantikannya.

BACA JUGA: “Another 2 GEs”, Nurul Izzah Thinks That It Will Take A While Before PH Can Reclaim Putrajaya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd