Now Reading
Lantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan PM Tanpa Elaun Cetus Pertikaian Orang Ramai

Lantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan PM Tanpa Elaun Cetus Pertikaian Orang Ramai

Nurul Izzah Anwar telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri pada 3 Januari 2023 yang lalu.

Anwar Ibrahim Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Tanpa Elaun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah melantik anaknya iaitu Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada beliau.

Memetik laporan Harian Metro, pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu.

Anwar telah mempelawa anaknya untuk menjalankan tanggungjawab tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tanpa membayar sebarang elaun atau gaji bagi jawatan tersebut.

Selepas dilantik memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah berharap pengalamannya sebelum ini mengendalikan isu kemiskinan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta perkhidmatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dapat membantunya menjalankan tugas terbaharu itu.

Salah satu matlamat saya adalah untuk menyalurkan serta memanfaatkan bakat terbaik Malaysia di dalam dan luar kerajaan serta menambah nilai kepada usaha berterusan untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat.

Penasihat Ekonomi dan Kewangan, Nurul Izzah Anwar.

Meskipun Malaysia kini berdepan masalah ekonomi, Nurul Izzah yakin beliau dapat menyumbang kepada evolusi negara dan memartabatkan pertumbuhan semua lapisan masyarakat.

Anwar Ibrahim Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Tanpa Elaun
Sumber: MalayMail

Pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu, Nurul Izzah telah tewas kepada calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Muhammad Fawwaz selepas Permatang Pauh ‘dipegang’ selama 40 tahun oleh keluarga Anwar Ibrahim sejak tahun 1982.

BACA JUGA: PRU15: Calon PAS Ustaz Fawwaz ‘Dicari’ Ramai Lepas Berjaya Tumpaskan Nurul Izzah Di Permatang Pauh

Pelantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dan Kewangan Jadi Pertikaian

Walau bagaimanapun, pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan ini telah menjadi mendapat pelbagai reaksi dan menjadi pertikaian di media sosial termasuklah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Ahmad Faizal Azumu di laman Twitter miliknya (@PejaofPerak), beliau telah mengucapkan tahniah dalam keadaan sinis kepada Nurul Izzah atas pelantikan tersebut.

Malah, ada juga beberapa netizen yang membangkitkan tentang isu Nepotisme yang bermaksud memberi jawatan kepada seseorang berdasarkan hubungan rapat dan bukannya kerana kemampuan mereka.

Netizen menganggap walaupun Nurul Izzah tidak dibayar gaji memegang jawatan tersebut, tetapi pelantikannya didakwa tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan ahli keluarga dalam urusan yang sama.

Aktivis Fahmi Reza juga sempat menghasilkan karya visual menunjukkan pendapatnya tentang isu Nepotisme berkaitan hal berkenaan.

Pada masa sama, ada juga netizen yang menyokong pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan selepas melihat perjuangan beliau.

Anwar Ibrahim Beri Penjelasan Tentang Isu Pelantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dan Kewangan

Ketika satu sidang media yang diadakan, Anwar mengulas lanjut tentang kelulusan akademik Nurul Izzah yang dikatakan tidak sesuai dengan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Dan Kewangan.

Anwar menjelaskan bahawa anak perempuannya itu mempunyai dua ijazah iaitu dalam bidang kejuruteraan dan juga dasar awam yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial ketika menuntut di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington.

Beliau juga berkata bahawa seseorang itu tidak perlu mempunyai kelulusan yang berkaitan untuk memegang sesuatu jawatan.

Apakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti seorang doktor? Ataupun seorang Menteri Air mesti seorang jurutera? Tidak pernah berlaku macam itu. Saya juga tidak mempunyai kelulusan berkaitan kewangan ketika lapan tahun memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Faizal Azumu sebelum ini menerusi ciapannya, Anwar berkata ia adalah hak seorang pemimpin untuk bertanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd