Now Reading
“Lantikan Nurul Izzah Bukan Nepotisme” – Anwar Ibrahim

“Lantikan Nurul Izzah Bukan Nepotisme” – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu Nepotisme hanya berlaku jika seseorang ingin menyalahguna kuasa dan mengaut keuntungan yang banyak.

Anwar Ibrahim Perjelas Isu Lantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan PM

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik anak perempuannya Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu.

Menurut Anwar, beliau telah mempelawa anaknya untuk menjalankan tanggungjawab tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tanpa membayar sebarang elaun atau gaji bagi jawatan tersebut.

Namun pelantikan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan menjadi pertikaian orang ramai termasuklah beberapa ahli politik yang lain seperti Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam pada itu, ada juga beberapa netizen yang membangkitkan tentang isu Nepotisme kerana mereka menganggap pelantikan jawatan melibatkan ahli keluarga dalam urusan yang sama tidak sepatutnya berlaku walaupun tidak dibayar elaun.

BACA JUGA: Lantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan PM Tanpa Elaun Cetus Pertikaian Orang Ramai

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sumber: MalayMail

Anwar Beri Penjelasan Tentang Lantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan

Berkaitan isu pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, Anwar memaklumkan beliau terbuka menerima setiap teguran di atas tindakan melantik anak perempuannya dalam urusan kewangan.

Memetik laporan Bernama, Anwar menegaskan bahawa pelantikan Nurul Izzah dibuat tanpa sebarang bayaran elaun dan hanya mahu anaknya membantu kerajaan.

Pada masa sama, peranan Nurul Izzah adalah untuk memastikan tiada penyelewengan dalam pengagihan kontrak kerajaan.

Saya terima baik setiap teguran, cuma saya di sini ingin menjelaskan bahawa ia berbeza dari pengalaman yang lalu soal upah dan ganjaran yang tinggi. Nurul Izzah datang untuk membantu. Itu sahaja, bukan untuk ambil projek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: MalayMail
Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan pihak yang mengkritik beliau kerana mendakwa mereka sendiri tidak mengamalkan pentadbiran yang telus dengan memberikan kontrak tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga.

Tidak wajar bagi individu memberikan ratusan kontrak kepada anak dan menantu yang bernilai ratusan juta ringgit. Malah ada yang sehingga mencecah billion ringgit ketika menjadi Perdana Menteri atau menteri. Dan sekarang mereka nak cuba bercakap soal ketelusan?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas tentang isu Nepotisme pula, Anwar memberitahu perkara itu hanya berlaku sekiranya seseorang diberi jawatan dengan mempunyai tujuan yang sebaliknya iaitu untuk menyalahguna kuasa dan mengaut keuntungan yang banyak.

Nepotisme itu jika kita memberikan jawatan untuk menyalah gunakan kuasa dengan tujuan memperkayakan diri, menambah kontrak dan mendapat upah yang tinggi, dan ini tidak berlaku.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya tidak akan bertolak ansur dan bakal mengambil tindakan tegas dalam soal salah guna kuasa dan juga melibatkan rasuah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd