Now Reading
Nurul Izzah Anwar Dilantik Sebagai Naib Presiden PKR

Nurul Izzah Anwar Dilantik Sebagai Naib Presiden PKR

Sebelum ini, Nurul Izzah Anwar pernah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang pada tahun 2018.

Nurul Izzah Anwar Kini Sebagai Naib Presiden PKR

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) penggal 2022-2025 mengadakan mesyuarat pertama semalam (20 Julai) di ibu pejabat mereka di Petaling Jaya.

Mesyuarat berkenaan yang diketuai oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik tiga individu baharu yang akan memegang jawatan Naib Presiden PKR. Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Perkara ini turut disahkan menerusi perkongsian di laman Twitter Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim (AdamAdli).

Pada penghujung tahun 2018 yang lalu, laporan dari Berita Harian memaklumkan Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Kini, beliau akan kembali semula menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden PKR.

Sumber: Benar News

Turut sama menyandang jawatan sama ialah Saraswathy Kandasamy dan Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Awang Sahari.

Memetik laporan dari Astro Awani, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR menerusi pengumuman dalam mesyuarat semalam (20 Julai).

Antara jawatan tertinggi lain yang diumumkan adalah:

  • Bendahari: William Leong
  • Ketua Penerangan: Fahmi Fadzil
  • Ketua Setiausaha Pengelola: Zahir Hassan
  • Ahli MPP lantikan: G Manivanan, Datuk Cristina Liew, Rodziah Ismail, R Uvaneswaran dan Abun Sui Anyit

BACA JUGA: Rafizi Ramli Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR


Nurul Izzah Anwar

Sumber: Malay Mail

Nurul Izzah Anwar bukanlah nama yang asing dalam dunia politik.

Beliau merupakan anak sulung kepada Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah adalah salah seorang yang bergiat aktif dalam Reformasi 1998 sehinggakan wajahnya muncul dalam berita antarabangsa CNN dan BBC. Ketika berusia 18 tahun, Nurul Izzah juga digelar sebagai ‘Puteri Reformasi‘ kerana peranan, semangat dan kecantikannya.

BACA JUGA: “Another 2 GEs”, Nurul Izzah Thinks That It Will Take A While Before PH Can Reclaim Putrajaya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd