Now Reading
[Video] Lelaki Ini Tak Jadi Terjun Jambatan Di Terengganu Lepas Dipujuk Orang Awam

[Video] Lelaki Ini Tak Jadi Terjun Jambatan Di Terengganu Lepas Dipujuk Orang Awam

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 29 tahun yang ingin terjun dari Jambatan Sultan Mahmud itu mengalami tekanan perasaan akibat masalah peribadi.

Lelaki Tak Jadi Terjun Jambatan Di Terengganu Lepas Dipujuk Orang Awam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tertekan dengan masalah dalam kehidupan boleh menjadi salah satu sebab seseorang itu bertindak untuk membunuh diri dengan cara terjun dari kawasan tinggi.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 28 tahun dilapor meninggalkan kereta dan barangan peribadi miliknya sebelum terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.

BACA JUGA: Lelaki 28 Tahun Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Tinggal Kereta & Barangan Peribadi

Menurut laporan Berita Harian, sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan berlaku dari Januari sehingga Julai 2021.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil langkah untuk membendung kejadian bunuh diri dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial seperti Talian Kasih (KPWKM) di 15999 dan KSK Centre (JAKIM) di 03-8870 7515.

Lelaki ini hampir terjun dari Jambatan Sultan Mahmud

Kejadian yang hampir sama sekali lagi berlaku tetapi di lokasi yang berbeza.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (@nanmanjoi8715), seorang lelaki dilihat berdiri tanpa sebarang alat keselamatan di luar penghadang Jambatan Sultan Mahmud, Terengganu kira-kira pada jam 5.48 petang semalam (4 Julai 2022).

Tindakan lelaki berkenaan disedari oleh orang awam menyebabkan ramai yang memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menghalang sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din memaklumkan orang awam telah berjaya memujuk lelaki tersebut daripada terjun sewaktu pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Lelaki terbabit didapati positif dadah

Lelaki berusia 29 tahun itu yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan perubatan juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Siasatan awal mendapati lelaki ini mengalami tekanan perasaan akibat masalah peribadi. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia terbabit dalam dadah jenis Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din.

Lelaki berkenaan ditahan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan serta Seksyen 309 Kanun Kesiksaan kerana cubaan membunuh diri.

BACA JUGA: [TERKINI] Kanak-kanak 4 Tahun Disumbat Dadah Terpaksa Ditidurkan Akibat Terlalu Lemah


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd