Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, pihak polis telah menerima satu laporan berhubung kejadian di mana seorang kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai diberi dadah oleh bapa saudaranya.
Laporan tersebut dibuat oleh doktor yang menemui dadah jenis methamphetamine ketika sedang merawat mangsa.
Terbaharu, kanak-kanak yang berada dalam kritikal itu terpaksa ditidurkan oleh pihak hospital kerana keadaannya yang terlalu lemah akibat kesan daripada dadah di dalam badan.
Menurut ibu kanak-kanak berkenaan, anak bongsunya itu tidak menunjukkan sebarang tanda positif dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh. Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain. Itu sahaja yang saya harapkan.
Ibu mangsa.
Laporan media juga memaklumkan bahawa kanak-kanak itu adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan dan pergerakan.
Bapa saudara yang didakwa memberi kanak-kanak tersebut dadah juga masih dalam tahanan reman sehingga 26 Jun bagi membantu siasatan.
BACA JUGA: Kanak-kanak 3 Tahun Kritikal, Bapa Saudara Didakwa Beri Dadah
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.