Now Reading
Kanak-kanak 3 Tahun Kritikal, Bapa Saudara Didakwa Beri Dadah

Kanak-kanak 3 Tahun Kritikal, Bapa Saudara Didakwa Beri Dadah

Bapa saudara kepada kanak-kanak dari Kelantan itu dipercayai seorang penagih dadah.

kanak-kanak ada dadah dalam badan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Polis telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun selepas doktor menemui jumlah kandungan dadah yang tinggi di dalam badan anak saudaranya yang berusia tiga tahun.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, beliau dimaklumkan tentang kejadian tersebut selepas dilaporkan oleh doktor di Hospital Kuala Krai yang merawat mangsa.

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun empat bulan dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, Kelantan itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Polis menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira pada jam lima pagi semalam dan telah menghantar pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut. Pihak kami dimaklumkan oleh doktor yang merawat kanak-kanak lelaki itu bahawa dadah di dalam badannya adalah jenis methamphetamine.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Baru untuk rawatan lanjut.

Menurut laporan, bapa saudara kanak-kanak tersebut merupakan seorang penagih dadah dan dipercayai membawa mangsa ke lokasi yang tidak didedahkan pada Sabtu (18 Jun).

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa diberi apa-apa dadah atau dia telah memakan dadah itu sendiri selepas melihatnya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Walau bagaimanapun, suspek menafikan bahawa dia memberi dadah kepada kanak-kanak lelaki itu dan kini telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Suspek bakal berdepan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

BACA JUGA: Kemalangan 5 Kereta: Pemandu Myvi Positif Dadah & Kini Ditahan Reman


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd