Lelaki 28 Tahun Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Tinggal Kereta & Barangan Peribadi
Pasukan bomba mendapati pemuda berusia 28 tahun itu meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dalam keadaan enjin masih hidup di atas jambatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (16 Mei 2022), satu kejadian telah berlaku apabila seorang lelaki bertindak meninggalkan kereta dan barangan peribadi miliknya sebelum terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 4.0 arah Perai.
Menurut laporan Astro Awani, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menjelaskan sebaik menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 11.42 pagi, pasukan itu terus bergegas ke lokasi.
Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati pemuda berusia 28 tahun itu meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dalam keadaan enjin masih hidup di atas jambatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menerusi Astro Awani.
Bomba turut memberitahu bahawa pemeriksaan di dalam kereta mangsa telah menemui dokumen pengenalan diri mangsa bersama geran kereta selain perkakasan rumah seperti kipas angin dan beberapa telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, setakat ini usaha mencari mangsa dijalankan oleh pasukan penyelamat bermula dari atas jambatan.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:
- MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA)Â @+6 03 2780 6803 |Â E-mail:Â admin@mmha.org.my |Â Website:Â https://mmha.org.my/
- BEFRIENDERSÂ @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) |Â E-Mail:Â sam@befrienders.org.my |Â Website:Â https://www.befrienders.org.my/
- ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline: +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.