[Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak
Kekerapan selang tiga minit untuk ketibaan tren LRT telah dilanjutkan kepada setiap lima hingga tujuh minit pada hari bekerja serta hujung minggu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Masalah sistem pengangkutan awam yang lemah di Malaysia bukanlah perkara asing lagi selepas beberapa kejadian pernah berlaku menyebabkan kesesakan di beberapa stesen tren.
BACA JUGA: Kelana Jaya LRT Breaks Down AGAIN, Commuters Enraged At Unreliable Service
Hari ini (15 Jun), situasi yang sama sekali lagi berlaku apabila beberapa netizen berkongsi gambar di mana platform LRT dipenuhi orang ramai sehingga ke eskalator. Keadaan ini bertambah bahaya apabila tiada kawalan yang selamat dilakukan.
Menerusi video dan gambar yang dimuat naik oleh netizen di media sosial, anda boleh lihat tiada langsung ruang untuk berdiri yang membolehkan seseorang keluar dari tren LRT.
Lebih membimbangkan adalah apabila orang ramai dilihat terus menaiki eskalator berkenaan walaupun jelas tiada lagi ruang selamat di platform tersebut.
Jalan penuh, tren penuh. And we’re mostly only 50% returning to office. 😭😭 pic.twitter.com/VCPSF3NvEG
— Farizam 🏴 (@bukhrin) June 15, 2022
Malapetaka apa ni @AskRapidKL? Why with the 5-minute frequency? Dengan eskalator jahanamnya lagi, apa masalah korang ni pic.twitter.com/ZlIf99J4hQ
— Puteri N. Balqis 🏴 (@puteriarchy) June 14, 2022
Jumlah pengguna dipercayai semakin bertambah gara-gara kelewatan tren selama lima minit akibat kerja menaik taraf LRT.
Berdasarkan jadual baharu yang dikeluarkan sebelum ini, kekerapan selang tiga minit untuk ketibaan tren LRT telah dilanjutkan kepada setiap lima hingga tujuh minit pada hari bekerja serta hujung minggu.
Beberapa laluan LRT juga tiba pada sela masa 10 hingga 12 minit.
Okay so AskRapidKL jawab dengan dua website links.
— Puteri N. Balqis 🏴 (@puteriarchy) June 14, 2022
Apparently memang dah ada jadual baru, katanya sebab kerja-kerja naiktaraf.
But okay, still tak menjawab kenapa frekuensi hari ni 5 minit sekali. And bila tanya sampai bila kerja-kerja naiktaraf, tak ada jawapan. pic.twitter.com/d6aR96Yha0
Netizen yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja meluahkan rasa kecewa dengan tahap kualiti perkhidmatan LRT yang semakin lemah dengan membuat aduan secara atas talian kepada pihak terlibat.
Mereka juga berpendapat bahawa keadaan ini berbahaya sementara menunggu di platform yang sesak kerana tiada pagar yang memisahkan platform dan trek.
Salah seorang netizen mengadu bahawa gaji mereka akan dipotong jika lewat ke tempat kerja. Oleh disebabkan itu, mereka menasihatkan agar kakitangan di stesen berkenaan untuk menghalang orang ramai daripada menaiki eskalator sehingga keadaan kembali pulih.
Bukan sahaja LRT tiba lewat, suhu pendingin hawa di dalam tren juga tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan ramai mempersoalkan mengapa kerja-kerja pembaikan dilakukan pada waktu puncak.
Tengok gambar pun dah rasa unsafe bersesak macam tu kat LRT Pasar Seni dengan takde railings separate platform and track.
— /afiqtion (@afiqtion) June 14, 2022
Kak, MRT 9 minutes frequency 😭😭 lepas dah naik tu kalau train dia tiber slow. Mental, kak. Sebab lambat masuk kerja 1 minit kena tolak gaji.
— Miss nSHI (@MissNshi) June 14, 2022
Yes, this is dangerous. Should stop ppl from taking the escalator until the crowd upstairs clear.
— TT🌻🌻the Dream Weaver (@leethingthing) June 15, 2022
Why MRT lately semua ade issues Aircond x function if petang2? Time2 peak la sebok bukak panel checking etc.
— zulfadzley (@zulfadzleyzz) June 14, 2022
In the very least they have a responsive Twitter team and their follow through has been alright. I reported aircon problems on the trains before, within a few minutes it was resolved by LRT technician on-board. Better than nothing I suppose.
— AS (@psychofiq) June 15, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.