Now Reading
Pengguna Twitter Dedah ‘Job Scam’ Dengan Cara Muat Naik Software. Memang Licik!

Pengguna Twitter Dedah ‘Job Scam’ Dengan Cara Muat Naik Software. Memang Licik!

Scammer dikenali sebagai ‘Alyssa’ itu katanya terjumpa resume lelaki berkenaan di Ajobthing.

job scam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jenayah scam bukanlah perkara asing di seluruh dunia kerana boleh dikatakan penjenayah ini wujud di setiap negara. Kalau tidak berwaspada dan bertindak melulu, jangan terkejut kalau semua duit dalam akaun bank anda lesap!

Kebiasaannya, scammer ini akan cuba untuk mengawal emosi mangsa dengan membuatkan mereka cemas dan bertindak tanpa berfikir sekiranya dimaklumkan mereka mempunyai jumlah hutang yang banyak.

BACA JUGA: “LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam

Bukan itu sahaja, scammer juga akan menggunakan ayat-ayat manis untuk ‘memancing’ mangsa jatuh ke dalam perangkap mereka.

Pengguna Twitter hampir kena ‘job scam’

Jenayah ‘job cam’ ini pernah berlaku apabila scammer berpura-pura menyamar sebagai pihak Shopee dan menawarkan pekerjaan kepada mangsa.

BACA JUGA: Shopee Nafi Tawar Pekerjaan Menerusi SMS, Jika Anda Terima Bererti Ianya Scam

Siapa sangka jenayah ini masih berlaku apabila seorang pengguna Twitter (Nabil Hussein) berkongsi pengalamannya hampir ditipu oleh seorang scammer.

Menerusi perkongsiannya, scammer tersebut yang dikenali sebagai ‘Alyssa’ menawarkan pekerjaan menerusi hantaran mesej di WhatsApp dan dikatakan terjumpa resume milik lelaki berkenaan di Ajobthing.

Namun apa yang membuatkan tawaran pekerjaan itu agak meragukan adalah apabila ‘Alyssa’ terus memberi contoh kerja yang perlu dilakukan menerusi aplikasi TikTok. Pembayaran pula akan diberikan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Lelaki ini minta maklumat dan buat semakan dahulu

Menurut pengguna Twitter bernama Nabil itu, dia diminta untuk memuat naik software syarikat tersebut jika berminat meneruskan pekerjaan. Tetapi apabila ditanya tentang maklumat syarikat berkenaan, ‘Alyssa’ hanya memberikan sijil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.

Untuk memastikan tawaran itu betul atau tidak, Nabil menndapatkan pengesahan daripada salah seorang pengurus di syarikat berkenaan dan mendapati pihak mereka tidak pernah menawarkan sebarang pekerjaan seperti yang dikatakan oleh ‘Alyssa’.

Apa jadi kalau seseorang memuat naik software tersebut? Berkemungkinan segala akses kepada telefon mereka termasuklah aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau aplikasi bank boleh digunakan oleh scammer untuk membuat sebarang transaksi tanpa pengetahuan mangsa.

Ada juga yang pernah dapat tawaran kerja dari scammer

Di ruangan komen tweet tersebut, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka mendapat tawaran kerja ‘palsu’ daripada scammer.


Cara kenal pasti ‘job scam’

Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dengan taktik scammer ini, berikut adalah beberapa tips bagi mengenal pasti sama ada tawaran pekerjaan itu benar atau tidak.

Antara perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:

  • Terus dapat kerja tanpa perlu temuduga.
  • Penerangan tawaran kerja yang terlalu ringkas.
  • Tiada maklumat syarikat di internet.
  • Kena bayar deposit untuk pendaftaran.
  • Guna alamat E-mel domain biasa.
Sumber: Sinar Harian

Apa nak buat bila dapat ‘job scam’?

Inilah yang perlu anda lakukan jika anda menerima mesej daripada sccammer. Antaranya:

  • SEMAKMULE – Serahkan nombor telefon yang menghantar teks atau nombor akaun bank yang dilampirkan padanya untuk menyemak sama ada mereka terlibat dalam sebarang jenayah komersial.
  • Talian Maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) – Hantar mesej WhatsApp JSJK PDRM di 013-2111222. Ia boleh dilakukan dari 8:00AM hingga 12:00AM setiap hari.
  • CCID Scam Response Centre – Hubungi CCID di 03-26101559 atau 03-26101599. Talian dibuka setiap hari dari 8:00AM hingga 8:00PM.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd