Now Reading
Shopee Nafi Tawar Pekerjaan Menerusi SMS, Jika Anda Terima Bererti Ianya Scam

Shopee Nafi Tawar Pekerjaan Menerusi SMS, Jika Anda Terima Bererti Ianya Scam

Laporkan penipuan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernahkah anda menerima teks mesej yang mengatakan Shopee atau platform beli-belah dalam talian lain menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai atau cabutan bertuah?

Semua ini adalah scam.

Shopee baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa mereka tidak merekrut atau mengadakan sebarang peraduan cabutan bertuah melalui SMS.

Acara seperti cabutan bertuah hanya akan dilakukan melalui aplikasi dan tawaran kerja hanya menerusi saluran dan akaun rasmi.

Inilah yang perlu anda lakukan jika anda pernah menerima teks ini:

  • SEMAKMULE – Serahkan nombor telefon yang menghantar teks atau nombor akaun bank yang dilampirkan padanya untuk menyemak sama ada mereka terlibat dalam sebarang jenayah komersial.
  • Talian Maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) – Hantar mesej WhatsApp JSJK PDRM di 013-2111222. Ia boleh dilakukan dari 8:00AM hingga 12:00AM setiap hari.
  • CCID Scam Response Centre – Hubungi CCID di 03-26101559 atau 03-26101599. Talian dibuka setiap hari dari 8:00AM hingga 8:00PM.

Shopee juga berkata mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memerangi penipuan dalam talian ini dan memastikan pelanggan mereka lebih selamat semasa membeli-belah dalam talian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd