Now Reading
Wanita Ini Ditampar Oleh ‘Housemate’ Gara-gara Masak Di Dapur Pada Jam 5 Pagi

Wanita Ini Ditampar Oleh ‘Housemate’ Gara-gara Masak Di Dapur Pada Jam 5 Pagi

Wanita tersebut ditampar oleh rakan serumah gara-gara menggunakan dapur pada jam 5 pagi dan dikatakan telah ‘mengganggu’ tidurnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Majoriti rakyat Malaysia pada masa kini masih belum mampu untuk membeli rumah sendiri, walaupun sudah bertahun-tahun bekerja. Mana tidaknya, komitmen yang perlu dibayar setiap bulan pun sudah melebihi 50% daripada gaji pokok yang diterima.

Nak menabung lagi.

Tambahan pula, harga rumah pun tidaklah semurah yang disangka.

BACA SINI: Why Are House Prices So Expensive? [Opinion]

Sumber: Wirestock/Freepik

Sebab itulah ramai anak-anak muda mahupun yang sudah berkahwin, mengambil pendekatan untuk menyewa terlebih dahulu. Nanti, dah stabil barulah buat keputusan membeli rumah sendiri.


Dilempang ‘Housemate’ Sebab Masak Jam 5 Pagi.

Baru-baru ini, satu kejadian mengundang kemarahan orang ramai telah berlaku apabila seorang wanita (Vestene Wong) menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Isnin (8 Mac) telah berkongsi sesuatu yang menimpanya.

Hantaran panjang lebar itu ditulis bagi menjelaskan apa sebenarnya yang dilakukan oleh rakan serumahnya, dikenali sebagai Angie Tuen (menurut profil Facebook yang dilampirkan).

Menerusi video CCTV, dapat dilihat dengan jelas bahawa serumahnya itu telah menampar muka Vestene dengan sekuat hati hanya kerana menggunakan dapur untuk memasak pada jam 5 pagi.

Mengulas lanjut, Vestene pada ketika itu baru sahaja berada di dapur lebih kurang 10 minit untuk menyediakan makanan kerana dia dan rakan-rakan lain mempunyai rancangan keluar mendaki bukit pada Ahad (5 Mac).

Rakan serumahnya itu yang dilaporkan tinggal di aras bawah rumah tersebut telah berjalan keluar dari biliknya dan menampar Vestene kerana mendakwa perbuatan Vestene menggunakan dapur pada jam 5 pagi itu dikatakan mengganggu tidurnya.

To start of with, I am currently living in a rental room with three housemates (a female housemate at ground floor outside the kitchen and two male housemates in the upper floor). On 5/3/2022 Sunday, I had plan on going for hiking with friends and I went to the kitchen to prepare food at 5am. However, in less than 10 minutes of being in the kitchen.. my housemate who’s living In the ground floor had walked out of the room and slapped me in the face. The reason was because I woke her up. She also shouted at me with foul language and questioned me why did I not carry my stove to the living room to cook.

Vestene Wong menerusi Facebook.

Terkejut dengan apa yang terjadi, Vestene menghubungi tuan rumah untuk mendapatkan penjelasan sama ada penggunaan dapur mempunyai waktu yang ditetapkan, atau tidak.

Ternyata, tiada ‘curfew’ yang ditetapkan.

Anxiety.

Vestene bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan rakan serumahnya itu turut hadir dengan membawa bukti iaitu pil yang tiada label dan mengatakan dia memiliki penyakit ‘Mild Anxiety’.

Hence, I’ve decided to file a report to police station and she did came to police station bringing an unlabelled pill stating it’s her anxiety pill. When the seargent asked if she has card to validate her mental illness, she told us it was a mild anxiety and there’s no card to verify her mental illness. Regardless anything at all, one can’t just simply slap someone else and cover it up with “mild anxiety”.

Vestene Wong menerusi Facebook.

Permohonan Maaf.

Pihak polis meminta wanita tersebut untuk meminta maaf kepada Vestene terhadap apa yang dilakukannya. Walau bagaimanapun, dia dilihat menyertakan permohonan maaf dengan mengatakan bahawa Vestene juga perlu bertimbang rasa dalam hal ini.

Vestene turut merasakan permohonan maaf itu adalah tidak ikhlas.

Of course the police demanded her to apologise and so she did…by saying “i am willing to apologise but for you to acknowledge my apologies is another story..Yes I’m wrong but she’s also not considerate at all” Tbh, I don’t acknowledge it at all and it was still one of the most insincere apologies I’ve encountered. In the end, I’ve decided to walk way from that so called “mediation” because it wasting time talking to uncivilised people.

Vestene Wong menerusi Facebook.

Vestene pada masa yang sama turut mengatakan bahawa dia kini masih tinggal di rumah sewanya itu lagi dan berasa sangat takut jika ‘disakiti’ oleh rakan serumahnya itu lagi.

Dia juga menjelaskan kejadian tersebut adalah hari yang paling teruk di dalam sejarah hidupnya.

BACA JUGA: Ini Antara Terma Penting Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa. Take Note!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd