Now Reading
Ini Antara Terma Penting Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa. Take Note!

Ini Antara Terma Penting Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa. Take Note!

Perjanjian bertulis yang terperinci amat penting dan akan memudahkan pihak mahkamah untuk menentukan pertikaian yang berlaku.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Surat Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement) adalah amat penting.

Setiap orang yang menyewa akan memerlukan dokumen surat perjanjian ini sama ada sebagai pemilik rumah mahupun penyewa.

Dokumen ini juga lebih dikenali sebagai Tenancy Agreement yang menjadi kontrak di antara tuan rumah atau premis dan penyewa secara bertulis.

Malah, dokumen ini juga merupakan tanggungjawab untuk kedua-dua belah pihak mematuhi persetujuan sepanjang tempoh penyewaan setelah menandatangani surat bertulis tersebut.

Lazimnya, ianya mengandungi maklumat rumah yang penuh, harga sewa dan deposit, tempoh penyewaan, syarat pembaharuan, tanggungjawab tuan rumah, kewajipan penyewa serta peraturan dan larangan di rumah sewa.

Tapi sebenarnya, perjanjian bertulis adalah jauh lebih baik berbanding perjanjian di antara mulut kerana terdapat bukti yang kukuh sekiranya berlaku perkara yang memudaratkan penyewa atau pemilik rumah / premis.

Undang-undang sewa lebih memihak kepada penyewa di Malaysia

Take note!

Untuk anda yang mungkin belum pernah tahu tentang betapa pentingnya perjanjian sewa di antara penyewa dan tuan rumah, seorang pengguna Twitter @MNasruddin_AR telah meringkaskan secara mudah tentang terma-terma penting yang perlu ada di dalam perjanjian sewa.

Baca penuh di bawah:

1. Maklumat premis sewaan.

Ini yang paling asaslah. Tuan tanah dan penyewa kena tahu dan letak dalam perjanjian sewa maklumat hartanah yang disewa iaitu jenis hartanah dan juga alamat.

2. Tempoh sewaan.

Terma ini nampak mudah tapi penting juga. Tempoh sewaan sebenarnya tak melebihi 3 tahun. Kalau lebih 3 tahun kita panggil lease.

Lease boleh dan perlu didaftarkan dalam geran. Kalau sewaan (tenancy), tak perlu daftar. Tempoh biasa orang letak sama ada 1 atau 2 tahun.

3. Jumlah sewa bulanan dan cara pembayaran.

Kalau sebut pasal perjanjian sewa, jumlah sewa bulanan sudah pasti jadi perkara nombor satu. Tak perlu penjelasan.

Sebaiknya dalam perjanjian sewa, letak terus bila dan macam mana penyewa nak bayar sewa. Tunai ke, bank in ke, transfer online ke. Letak terus maklumat akaun tuan tanah.

4. Jumlah deposit.

Tuan tanah dan penyewa kena setuju berapa jumlah deposit sebelum masuk rumah. Sama ada sebulan atau 2 bulan sewa. Yang orang sebut 2+1, 1+1 yang ni lah.

Sebagai contoh:

Kalau 2+1, sewa bulanan RM 1,000, maksudnya kena bayar deposit 2 bulan dan sewa bulan tu. Jadi total kena bayar sebelum masuk rumah RM 3,000.

Kalau 1+1, sewa bulanan RM 1,000, maksudnya kena bayar deposit 1 bulan dan sewa bulan tu. Jadi total kena bayar sebelum masuk rumah RM 2,000.

Kalau tuan tanah bagitahu tiada deposit? Bayar sewa bulan nak masuk tu sahaja. Tapi jarang lah tiada deposit sebab deposit bertindak sebagai jaminan kepada tuan tanah dalam situasi penyewa langgar kontrak, maka tuan tanah boleh simpan duit deposit tersebut.

Biasanya, deposit untuk utiliti pun penyewa kena bayar.

5. Sambung sewa.

Penyewa kalau rasa nak sewa lama, sebaiknya letak terus klausa pembaharuan kontrak untuk sambung sewa. Boleh letak tambahan 1 tahun atau 2 tahun terus. Tuan tanah juga boleh nyatakan jika ada sambung sewa, berapa jumlah kenaikan sewa yang akan dikenakan (jika perlu).

6. Apa yang tersedia ada dalam rumah atau premis.

Kalau rumah atau premis partially atau fully furnished, seeloknya buat senarai lengkap semua perabot atau barangan yang ada. Letak sebagai lampiran di mukasurat akhir perjanjian.

7. Siapa yang bayar apa.

Biasanya bil api, air dan Indah Water semua penyewa yang bayar sebab penyewa yang duduk rumah atau premis tu.

Untuk tuan tanah pula, biasa cukai tanah, cukai taksiran dan bayaran maintenance adalah tanggungjawab tuan tanah. Jadi pastikan betul-betul dan letak dalam kontrak sewa. Nanti tak perlu lagi nak tuding jari kalau ada isu.

8. Larangan untuk gunakan premis bagi tujuan lain.

Penting untuk tuan tanah. Tuan tanah kena pastikan bahawa ada disebut dalam perjanjian sewa bahawa rumah atau premis sewa tak boleh digunakan oleh penyewa selain dari tujuan yang dinyatakan dalam perjanjian.

Biasanya kalau rumah, isu sublet. Penyewa dilarang sublet kepada orang lain tanpa kebenaran bertulis dari tuan tanah.

Untuk premis pulak, kalau dalam perjanjian dah tulis premis untuk perniagaan makanan, tak boleh guna untuk buat kegiatan-kegiatan lain yang tak dinyatakan. Kegiatan haram lagi la tak boleh.

9. Klausa penamatan.

Tuan tanah biasanya akan letak klausa yang penamatan awal kontrak sewa tidak dibenarkan sama sekali. Kalau penyewa tamatkan kontrak awal, maka penyewa kena bayar jumlah untuk baki tempoh dan deposit tidak akan dipulangkan.

10. Apa jadi kalau rumah atau premis dijual dalam tempoh sewaan? (Penting kepada penyewa).

Untuk lindungi hak anda sebagai penyewa, boleh letak klausa yang menyatakan bahawa jika tuan tanah menjual rumah atau premis dalam tempoh sewaan, penjualan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian sewa.

Maksudnya, pembeli baru akan terikat dengan perjanjian sewa dengan penyewa. Kalau tak, penyewa boleh saman tuan tanah atas perlanggaran kontrak.

11. Tindakan tuan tanah kalau penyewa tak bayar sewa. (Penting kepada tuan tanah atau premis).

Harus diingatkan, tuan tanah adalah dilarang sama sekali dari mengunci rumah atau premis sewa tanpa pengetahuan penyewa, walaupun ada sebut dalam perjanjian. Tetap tak boleh.

Kena dapatkan perintah mahkamah dulu. Kalau tak, penyewa boleh buat laporan polis nanti.

Solusinya: Tuan tanah boleh letak klausa yang menyatakan jika penyewa gagal bayar sewa dalam tempoh sekian, maka tuan tanah berhak untuk potong bekalan api dan air rumah atau premis tersebut.

Kalau potong bil api dengan air, mudah sikit untuk tuan tanah halau penyewa yang liat dan sengaja tak bayar sewa.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd