Now Reading
Abang Viva Kini Di Melaka Untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir. Salute!

Abang Viva Kini Di Melaka Untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir. Salute!

Abang Viva juga bercadang untuk meneruskan misi bantuan ke tempat lain jika keadaan mengizinkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebut sahaja ‘Abang Viva’, rata-rata pasti mengetahui bahawa individu ini telah berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia berikutan semangat yang ditunjukkan olehnya untuk membantu mangsa banjir di Selangor.

Paling mengagumkan, dia hanya berbekalkan RM50 sahaja.

Kereta Viva miliknya.
(Sumber: Facebook Azwan Omar)

Malah, Abang Viva difahamkan baru sahaja mencipta akaun di aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu di atas permintaan peminatnya.

Lebih menarik perhatian, akaun TikTok @abangvivaofficial kini telah berjaya meraih lebih 200,000 pengikut!

BACA LANJUT: Abang Viva Viral Raih Hampir 200,000 Pengikut, Baru 2 Hari Buka Akaun TikTok!


Misi membantu di Melaka pula

Selepas di Selangor, Abang Viva kini dilaporkan berada di kampung halamannya iaitu Melaka untuk meneruskan misi bantuan banjir di negeri tersebut pula.

Menurut sumber Kosmo, ‘Abang Viva’, 30, memberitahu dia kini berada di Taman Merdeka, Melaka bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan di kawasan berkenaan.

Saya sudah berada di sini sejak pagi semalam bagi meneruskan misi bantuan mangsa-mangsa banjir. Setakat hari ini, segala proses berjalan dengan lancar dibantu oleh pasukan keselamatan. Air juga surut dan bot juga tidak boleh nak masuk, jadi saya akan bersiap sedia jika ada perlukan bantuan.

Abang Viva ketika dihubungi oleh Kosmo.

Mengulas lanjut, dia bercadang meneruskan misi bantuan ke tempat lain jika keadaan mengizinkan.

Jika ada rezeki dan keadaan mengizinkan saya akan meneruskan misi ini ke beberapa tempat yang terjejas teruk seperi di Selatan negara atau Pantai Timur. Apa pun saya akan selesaikan misi bantuan di kampung halaman saya dahulu.

Abang Viva ketika dihubungi oleh Kosmo.

Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia walaupun yang jauh masih dilihat bersatu padu dalam memberi bantuan antara satu sama lain.

Abang Viva telah mula diperkatakan oleh orang ramai di media sosial selepas kisahnya yang bergerak solo dari Melaka menaiki kereta Viva dengan membawa bot untuk misi membantu mangsa banjir di Shah Alam dikatakan menjadi inspirasi buat orang ramai.

BACA JUGA: Bantuan Abang Viva Ketika Banjir Kini Diiktiraf JPAM


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd