Now Reading
Abang Viva Viral Raih Hampir 200,000 Pengikut, Baru 2 Hari Buka Akaun TikTok!

Abang Viva Viral Raih Hampir 200,000 Pengikut, Baru 2 Hari Buka Akaun TikTok!

Jika dilihat, konten-konten yang dimuat naik oleh Abang Viva juga bersifatkan misi bantuan dan kemas kini tentang beberapa kawasan pasca banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


‘Unsung Hero’.

Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia walaupun yang jauh masih dilihat bersatu padu dalam memberi bantuan antara satu sama lain.

Abang Viva telah mula diperkatakan oleh orang ramai di media sosial selepas kisahnya yang bergerak solo dari Melaka menaiki kereta Viva dengan membawa bot untuk misi membantu mangsa banjir di Shah Alam dikatakan menjadi inspirasi buat orang ramai.

Malah, beliau hanya berbekalkan RM50 sahaja.

Hebat sungguh insan mulia ini.

Oleh disebabkan itu, Abang Viva telah dianugerahkan sijil penghargaan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) atas usaha beliau membantu mangsa banjir secara sukarela.

Dia memuat naik video di akaun TikTok miliknya menunjukkan beberapa gambar yang diambil dari majlis penerimaan sijil.

Tahniah, Azwan Omar!

Kredit gambar: Facebook Jabatan Pertahanan Awam Malaysia/Utusan

Kau memang layak bro. Nama kau disebut dalam khutbah sedangkan kau bukan Raja atau Menteri, itu lebih tinggi penghargaannya.

Tulis pengguna TikTok, M_S_Fizam_S di ruangan komen.

TikTok Abang Viva terima ramai pengikut

Bercakap tentang akaun TikTok – Abang Viva difahamkan baru sahaja mencipta akaun di aplikasi ini sejak dua hari lalu di atas permintaan peminatnya.

Lebih menarik perhatian, akaun TikTok @abangvivaofficial kini telah berjaya meraih hampir 200,000 pengikut!

Setakat artikel ini ditulis, abang viva telah menerima 197,300 pengikut.

Wah, boleh buka fanclub!

@abangvivaofficial kemusnahan di negeri pahang..doa kan kepulihan buat mereka..#dakwah #abgvivaviral #rakyatmalaysia #rakyattolongrakyat #banjir2021 ♬ Ya Allah – Wali
@abangvivaofficial ontheway hantar bantuan dari duit sumbangan rakyat malaysia..tq rakyat malaysia…#abgvivaofficial #abgvivaviral #rakyatmalaysia ♬ original sound – abangvivaofficial

Jika dilihat, konten-konten yang dimuat naik oleh Abang Viva juga bersifatkan misi bantuan dan kemas kini tentang beberapa kawasan pasca banjir.

Di ruangan komen video yang dimuat naik pula turut dibanjiri dengan kata-kata positif dan memberi semangat kepada anak muda berusia 29 tahun ini.

Ini baru betul Unsung Hero. 🙂

Kami di TRP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Viva di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Semoga Abang Viva diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Amin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd