Now Reading
Bantuan Abang Viva Ketika Banjir Kini Diiktiraf JPAM

Bantuan Abang Viva Ketika Banjir Kini Diiktiraf JPAM

Abang Viva juga dilihat hanya mengenakan pakaian yang sederhana ketika hadir menerima sijil penghargaan daripada JPAM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva telah dianugerahkan sijil penghargaan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) atas usaha beliau membantu mangsa banjir secara sukarela.

Dia memuat naik video di akaun TikTok miliknya menunjukkan beberapa gambar yang diambil dari majlis penerimaan sijil.

Dalam kapsyen video TikToknya, dia berterima kasih kepada ibu bapa dan semua pihak yang tidak dikenalinya atas doa mereka yang berterusan.

@abangvivaofficial

#abangvivaofficial atar1.8 allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Netizen turut gembira dan teruja kerana jasa baiknya kini diiktiraf secara rasmi.

Mereka percaya bahawa lelaki berkenaan benar-benar layak menerima anugerah itu walaupun hanya mengenakan pakaian yang sederhana ketika hadir menerima sijil penghargaan.

Ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana membantu mangsa banjir dalam pelbagai cara mengikut kemampuan.

Ya, Abang Viva ada TikTok demi tanggungjawab

Menurut Utusan, dia akhirnya membuka akaun TikTok pada 27 Disember lalu untuk mendokumentasikan bagaimana dana yang diterimanya digunakan bagi membantu mangsa banjir.

Lelaki ini mula tular selepas memandu dari Melaka ke Shah Alam dengan bot diikat di bahagian atas keretanya untuk bantu memindahkan mangsa banjir.

Azwan tidak meminta banyak malah mengingatkan orang lain supaya tidak memberi wang kepada mana-mana pihak yang mengaku sebagai dirinya.

BACA JUGA: Abang Viva Advises The Public Not To Give Money To Those Who Use His Name

Ada juga individu yang masih ingin membalas jasa baiknya tetapi dia sangat berhati-hati dalam menerima hadiah berkenaan.

Sebelum ini, seorang usahawan menyatakan hasrat untuk menghadiahkannya sebuah kereta yang lebih besar supaya dia dapat membantu lebih ramai orang.

Menurut satu video yang dimuat naik di TikTok @AyuKohaye71, Azwan dengan sopan menolak tawaran itu kerana takut tidak dapat mampu menjaga penyelenggaraan dan cukai jalan untuk kenderaan yang lebih besar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd