Now Reading
[Video] Netizen Kecam Wartawan Arah Mangsa Banjir ‘Berlakon’

[Video] Netizen Kecam Wartawan Arah Mangsa Banjir ‘Berlakon’

Wartawan tersebut didakwa mengarahkan mangsa banjir itu untuk pura-pura ‘berlakon’ di hadapan rumahnya yang sudah musnah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bencana banjir boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun di beberapa buah negeri terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Namun, banjir yang berlaku di Selangor pada musim tengkujuh ini memang mengejutkan ramai pihak ketika berlakunya hujan secara berterusan sejak Jumaat (17 Disember) tidak berhenti selama tiga hari berturut-turut.

Ramai yang terkesan dengan bencana ini kerana segala harta benda mereka tidak dapat diselamatkan.

Sehinggakan ada yang kehilangan rumah mereka kerana dikatakan sudah hancur dibawa arus air banjir.

Rumah hanya tinggal tangga

Salah seorang mangsa banjir dikenali sebagai Ruhana Mahfodz berusia 75 tahun sempat meninjau ke lokasi rumahnya selepas dilanda banjir di Hulu Langat pada Sabtu (18 Disember).

Rumah yang sudah berusia 50 tahun itu terletak di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.

Menurutnya, rumah tersebut merupakan kediaman yang didiami sejak nenek moyang mereka dan pernah mengalami kerosakan teruk pada banjir yang berlaku 30 tahun lalu.

BACA JUGA: 50-Year-Old Ancestral Home Swept Away By Flood: Only The Staircase Remains

Dalam video yang dimuat naik oleh Kosmo di laman Instagram, dapat dilihat rumah wanita tersebut sudah musnah sepenuhnya dan hanya tinggal binaan tangga sahaja.

Kita yang melihat sahaja pun boleh merasai kesedihannya, apatah lagi pemilik rumah berkenaan yang menyimpan pelbagai kenangan di kediaman tersebut.

Netizen kecam wartawan biadap

Namun, video berkenaan menerima banyak kecaman daripada warganet selepas seorang wartawan dikatakan seperti tidak beradab kerana mengarahkan wanita itu untuk ‘berlakon’ di hadapan rumahnya.

Wartawan tersebut didakwa memberi arahan supaya wanita itu membuat aksi pilu di hadapan rumahnya yang sudah roboh akibat banjir.

Namun, pihak Kosmo menafikan wartawan di sebalik video itu bukanlah dari agensi mereka.

Kredit: Instagram @kosmo_online
Kredit: Instagram @kosmo_online
Kredit: Instagram @kosmo_online

Ada juga yang menganggap tindakan wartawan itu sudah melanggar etika kewartawanan.

Mengikut Majlis Media Malaysia, seorang wartawan perlu menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita atau gambar dan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas.

Waktu sebegini, kita memang kena menjaga percakapan dan perbuatan supaya tidak mengguriskan hati mana-mana pihak terutamanya mangsa yang terjejas akibat banjir.

Daripada kita bercakap perkara yang boleh mengguriskan hati mereka, lebih baik kita bantu hulurkan bantuan keperluan seperti makanan dan pakaian.

BACA JUGA: Angkatan Tentera Malaysia Sertai Usaha Bantuan Banjir Tanpa Kelulusan

Rupanya suara ahli keluarga

Ramai yang ingat suara di belakang tabir video tersebut merupakan suara wartawan, rupanya BUKAN.

Suara di dalam video itu sebenarnya suara ahli keluarga mereka sendiri. Berikutan berlakunya salah faham, salah seorang ahli keluarga mereka telah meminta maaf kepada wartawan yang dikecam ramai.

Jadi selepas ini, lebih baik kita selidik dahulu perkara sebenar. Risau jika berlaku salah faham seperti ini lagi. Kesian pihak yang dikecam tu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd