Now Reading
Najib Razak: Grab Listing Buktikan Rosmah Tidak Bersalah

Najib Razak: Grab Listing Buktikan Rosmah Tidak Bersalah

Kata Najib, pemandu teksi diperdaya oleh PH untuk menyebarkan fitnah tentang Rosmah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Para suami di luar sana pasti akan terkesan apabila orang di sekeliling menyebarkan fitnah terhadap isteri mereka.

Perasaan marah dan tidak puas hati pasti akan timbul, dan mereka juga cenderung untuk membuktikan bahawa si isteri tidak bersalah.

Sama seperti apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selama bertahun-tahun Najib terpaksa menerima fitnah terhadap isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Segelintir rakyat mendakwa Rosmah adalah pemilik syarikat e-hailing, Grab.

Najib berkata kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan akhirnya muncul dengan penyenaraian Grab di bursa saham NASDAQ di Amerika Syarikat baru-baru ini.

BACA JUGA: Grab Setting Off On The Right Foot At Its NASDAQ Debut

Dalam catatan di Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan untuk menggantikan bas ulang-alik MRT dan LRT dengan Grab.

Beliau menegaskan, sebelum PRU14 – antara fitnah yang disebarkan pihak yang menyokong Pakatan Harapan (PH) ialah Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.

Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! Malangnya, ini tidak benar. isteri saya tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai fitnah terhadap Rosmah.

Najib menjelaskan Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbirannya.

Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara – suatu kebanggaan untuk negara.

Tegasnya lagi, jika benar Rosmah adalah pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara!

Malangnya, tidak benar. Rosmah tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab.

Selepas PRU14, saya sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi. Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah ini kerana mereka Uber dan Grab yang mencetus saingan kepada sumber rezeki mereka.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai fitnah terhadap Rosmah.

“Taktik”

Najib turut memberitahu bahawa ramai pemandu teksi yakin bahawa kerajaan PH akan mengisytihar Uber dan Grab sebagai haram di Malaysia jika mereka menang.

Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang.

Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai fitnah terhadap Rosmah.

Najib turut akui dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu. Malah, ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber.


Tak boleh salahkan teknologi

Najib turut tampil dengan kesimpulan bahawa adalah agak sukar untuk mengharamkan Uber dan Grab kerana ia hanya memerlukan satu aplikasi telefon pintar.

Ketika itu, beliau juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi.

Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai fitnah terhadap Rosmah.

Beliau berkata pemandu teksi tidak pernah diabaikan.

Selain dari bantuan kewangan, kerajaan BN ketika itu turut berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang terima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbirannya, jelas Najib.


Nasihat Bijak Tidak Didengari

Najib berkata fitnah itu mungkin bermula apabila beliau mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana beliau dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai fitnah terhadap Rosmah.

Najib pada yang sama mengatakan Khazanah tentunya kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).

Netizen beri pendapat berbeza

Hal ini juga membuatkan netizen tampil memberikan pendapat yang berbeza.

Ada yang mencurahkan sokongan mereka kepada Najib berhubung isu Grab ini, manakala yang lain masih ragu-ragu.

Rakyat Malaysia memberikan pendapat yang berbeza.
(Sumber: Facebook)

Seorang pengguna Facebook, Nazeri Sofhia menyalahkan golongan berpelajaran tinggi kerana mudah ditipu.

Pelajar sekolah menengah pun mudah percaya, mereka telah ditipu. KECIK KECIK TAK NAK MAMPOS, DAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG.

Pengguna Facebook, Nazeri Sofhia terhadap mereka yang mempercayai fitnah terhadap Rosmah.
Literal translation.
(Sumber: Pinterest)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd