Now Reading
Lelaki Ini Perjelas Kenapa Kereta Jenis Sedan Tiada ‘Wiper’ Di Belakang

Lelaki Ini Perjelas Kenapa Kereta Jenis Sedan Tiada ‘Wiper’ Di Belakang

Namun masih ada sesetengah kereta jenis Sedan yang mempunyai wiper di bahagian cermin belakang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membawa seseorang bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, namun sesetengah kereta memiliki ciri yang berbeza dan unik bagi membolehkan ia digunakan dengan selamat.

Tetapi kalau anda perasan, sesetengah kereta mempunyai ciri yang tidak dimiliki oleh kenderaan lain seperti alat wiper di bahagian belakang.

Kenapa pula ada sesetengah kereta yang ada dan tiada ya?


Kereta Sedan Tiada Wiper Belakang Berbanding Kenderaan Jenis Hatchback

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @AidFawzal), seorang pakar kejuruteraan mekanikal iaitu Dr Aid Fawzal telah menerima persoalan daripada netizen tentang faktor keadaan kereta jenis Sedan yang tidak mempunyai wiper di bahagian belakang.

Namun jika dilihat semula, kenderaan jenis hatchback pula mempunyai wiper di belakang.

Kenapa kereta hatchback ada wiper belakang tapi kereta sedan tiada wiper belakang? Sedangkan ikut hukum fizik, permukaan tegak (macam belakang kereta hatchback) rendah peratusan untuk habuk atau air melekat,” tanya netizen.

Persoalan tersebut membuatkan individu ini tampil memberikan penerangan mengikut hukum fizik.

Jelasnya, hukum fizik itu melibatkan pergerakan angin pada cermin belakang kenderaan.

Bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas, satu gambar rajah turut disertakan dalam ciapan itu.

Dalam gambar di bawah, tiada kereta jenis hatchback tetapi telah digantikan dengan kenderaan SUV.

Sumber: Lietz, R. et al. (2017)

Jika diperhatikan dari segi perbezaan zon biru pada cermin belakang pada kereta jenis Sedan dan SUV, zon biru pada cermin belakang Sedan lebih kecil berbanding pada SUV dan agak terpisah daripada zone biru di ‘wake region’ (zone penghujung belakang).

Sumber: Lietz, R. et al. (2017)

Sifat Angin Yang Perlu Difahami

Untuk pengetahuan, angin adalah bersifat memenuhi ruang. Apabila kenderaan menujah ke depan, kenderaan akan membelah angin.

Maka, kawasan di belakang kenderaan tadi akan wujudkan ruang kosong dan membentuk zon biru yang dilihat pada gambar kedua tu. Jadi akan ada angin di sekeliling yang cuba untuk mengisi ruangan berkenaan.

Namun disebabkan angin yang terlalu laju, hanya angin dari bawah sahaja yang mengisi ruangan kereta. Tetapi keadaan ini juga menyebabkan bahagian belakang menjadi mudah kotor.


Ini Sebab Mengapa Kereta Jenis Sedan Tiada Wiper Di Belakang

Bagi menjawab persoalan mengapa kereta Sedan tiada wiper di bahagian belakang, ia adalah kerana zon angin berhalaju rendah pada kereta hatchback lebih besar dan bersambung antara belakang kereta dengan cermin belakang berbanding kereta Sedan.

Ruangan halaju rendah ini akan diisi oleh angin daripada bawah kereta dan kemungkinan membawa kekotoran yang melekat pada cermin belakang kereta yang lebih tinggi.

Selain itu, fahaman fizik berkaitan peratusan rendah bagi habuk untuk melekat bagi permukaan menegak pula diterangkan dengan menjelaskan hukum permukaan tanpa aliran angin.

“Dalam keadaan statik, graviti akan menarik butiran air pada cermin turun. Tetapi dalam kenderaan yang bergerak, hal ini menjadi dinamik. Pergerakan kereta yang melanggar angin mengubah sifat butiran air dan tidak hanya mengalir ke bawah,” jelas individu ini.

Jelasnya lagi, wiper belakang untuk kereta Sedan moden akan menganggu aerodinamik kereta dan menaikkan nilai ‘drag’.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menjelaskan masih ada kereta jenis Sedan yang mempunyai wiper di bahagian belakang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd