Dapur Gas Selalu Ada Kesan Kotoran Minyak Degil? Lelaki Ini Kongsi Tips Mencuci Yang Anda Boleh Cuba
Lelaki ini berkata hanya lima barangan sahaja yang diperlukan untuk menanggalkan kotoran di dapur gas antaranya adalah cuka, garam dan soda bikarbonat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Golongan isteri atau mereka yang kerap memasak pasti bersetuju bahawa kotoran degil seperti minyak masak sering melekat di permukaan dapur.
Kadangkala dah cuba pelbagai cara ‘DIY’ untuk hilangkan kekotoran tersebut, tetapi hasilnya masih sama.
Ada juga yang tidak sampai beberapa tempoh, sudah tukar kepada kabinet dapur yang baru. Memang membazir. Tapi yang paling teruk pastinya pada permukaan dapur gas.
Lelaki Kongsi Tips Hilangkan Kotoran Pada Permukaan Dapur Gas
Seorang lelaki di laman TikTok (@jason_jezi) telah berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh ramai bagi membersihkan kekotoran daripada dapur gas memasak.
Dari klip video itu, petua yang dikongsikan memang nampak mudah dan ringkas. Bahan-bahan yang diperlukan pun sedikit sahaja iaitu:
- Serbuk soda bikarbonat.
- Cuka.
- Tisu.
- Garam.
- Kain Pengelap.
Langkah-langkah Bersihkan Dapur Gas
Di sini kami kongsikan langkah-langkah membersihkan dapur gas menggunakan barangan yang disenaraikan di atas.
1. Tabur Soda Bikarbonat
Untuk langkah yang pertama, anda perlu menabur beberapa sudu soda bikarbonat ke atas dapur gas yang kotor itu.

2. Siram Cuka Ke Atas Dapur Gas
Selepas itu, anda harus menuang cuka ke atas soda bikarbonat itu dan meratakannya pada permukaan yang kotor.

3. Letakkan Beberapa Helai Tisu
Selepas cuka sudah diratakan, anda hendaklah meletakkan beberapa helai tisu dapur atau tisu muka ke atas permukaan dapur gas dan membiarkannya selama lima minit. Pastikan semua bahagian dapur gas itu ditutup dengan tisu!

4. Tabur Garam Sekeliling Dapur
Apabila lima minit sudah berlalu, lap dapur gas menggunakan tisu tersebut kemudian buangkannya.
Tetapi, proses mencuci belum selesai lagi, sebaliknya anda perlu mengambil beberapa sudu garam dan taburkannya di tempat yang sama.

5. Lap Segala Sisa Bahan Menggunakan Kain Pengelap
Tibalah ke langkah yang terakhir iaitu anda perlu mengambil sebarang jenis kain pengelap dan lap segala sisa-sisa bahan yang terdapat pada dapur gas. Mudah bukan?

Tips Elakkan Dapur Warna Putih Bertukar Kekuningan
Pasti ramai di antara anda yang teringin untuk memiliki kabinet dapur rumah bertemakan warna putih.
Kalau dipasang memang nampak cantik, namun masalah yang sering dialami oleh orang ramai adalah apabila selepas tempoh tertentu, kawasan berwarna putih itu akan bertukar kekuningan. Terus tiada ‘mood’ nak masak.

Di sini kami kongsikan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan dapur serba putih anda menjadi kotor. Antaranya:
- Mengurangkan pendedahan cahaya matahari langsung kepada kabinet dapur.
- Mengeluarkan asap masakan melalui kipas ekzos dapur.
- Jangan membiarkan air lalu pada engsel kabinet kerana berkemungkinan akan berkarat.
- Mengelap sebarang tumpahan makanan atau minuman agar ia tidak meresap pada meja.
Baca Artikel Berkaitan: Kuali Besi Berkarat? Lelaki Kongsi Langkah-langkah Untuk ‘Season’ Kuali
Baca Artikel Berkaitan: Gas Di Rumah Tiba-tiba Habis? Ini Bahan Yang Anda Boleh Guna Untuk Buat Gas DIY
Baca Artikel Berkaitan: Nak Simpan Tomato Hingga Tahan Lama? Ini Cara Terbaik Yang Tak Ramai Orang Tahu!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram