Now Reading
Nak Simpan Tomato Hingga Tahan Lama? Ini Cara Terbaik Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Nak Simpan Tomato Hingga Tahan Lama? Ini Cara Terbaik Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Satu ‘eksperimen’ telah dilakukan selama 10 hari dengan lima kaedah berbeza bagi menentukan cara terbaik untuk menyimpan tomato tahan lebih lama.

Nak Simpan Tomato Hingga Tahan Lama_ Ini Cara Terbaik!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak anda membeli bahan masakan terutamanya sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak dan bercadang untuk menyimpan dalam tempoh agak lama?

Ada sesetengah sayur-sayuran yang baru sahaja dibeli tetapi cepat menjadi layu dan tidak segar selepas beberapa hari. Bila nak masak pun terus ‘mood’ tak berapa nak seronok.

Jangan risau, sebenarnya ada tips yang anda boleh gunakan untuk memastikan sayuran yang dibeli segar sehingga berminggu-minggu.

Artikel Berkaitan: 7 Petua Sayur Tahan Lama & Segar Lebih Seminggu. Senang Je Nak Buat!

Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan


Cara Terbaik Untuk Simpan Tomato Sehingga Tahan Lama

Sayuran tomato merupakan salah satu bahan yang perlu disimpan dengan betul bagi mengelakkannya mudah layu.

Menerusi satu ‘eksperimen’ yang dilakukan selama 10 hari oleh The Kitchn, mereka telah melakukan lima cara berbeza bagi menentukan kaedah yang terbaik untuk menyimpan tomato supaya tahan lebih lama.

Antara kaedah yang dilakukan adalah seperti berikut:

1. Kaedah Simpan Tomato: Dibiarkan Secara Terbuka Di Dalam Peti Sejuk

Sumber: Alex Lepe

Kaedah ini membuatkan tomato tidak mudah rosak apabila disimpan di dalam peti sejuk tetapi ia menjadikan sayuran tersebut kelihatan pucat dan seolah-olah berasa tawar.

Walau bagaimanapun, tomato tersebut masih boleh dimakan tetapi ia perlu dikeluarkan dan dibiarkan di suhu bilik satu jam sebelum digunakan.

Tahap keberkesanan kaedah ini: 2/10

2. Kaedah Simpan Tomato: Simpan Dalam Bekas Tertutup Dan Letak Dalam Peti Sejuk

Sumber: Alex Lepe

Cara ini memberikan hasil yang hampir sama dengan kaedah pertama tetapi ia meninggalkan rasa agak masam pada tomato dan mempunyai kesan mendapan pada permukaan sayuran berkenaan.

Tahap keberkesanan kaedah ini: 2/10

3. Kaedah Simpan Tomato: Biarkan Terdedah Dalam Suhu Bilik

Sumber: Alex Lepe

Bagi menguji ketahanan sayuran ini, tomato tersebut dibiarkan juga di kawasan dapur bersuhu bilik dan hasil ‘eksperimen’ mendapati bahawa ia hanya bertahan selama lima hari sahaja sebelum menjadi lembik.

Walaupun keadaan tomato itu sudah mula lembik, tetapi rasanya dikatakan lebih sedap berbanding tomato yang disimpan di dalam peti sejuk.

Tahap keberkesanan kaedah ini: 3/10

4. Kaedah Simpan Tomato: Terbalikkan Tomato Dengan Cara Meletakkan Bahagian Batang Di Bawah Dan Dibiarkan Pada Suhu Bilik

Sumber: Alex Lepe

Kaedah ini sebenarnya boleh menghalang bakteria dan kulat dari mudah memasuki ruang udara pada bahagian batang tomato dan merosakkannya dalam tempoh singkat.

Dengan cara menyimpan tomato secara menterbalikkan bahagian batang, ia boleh melambatkan pertumbuhan kulat kerana menyekat laluan oksigen.

Selepas 10 hari, tomato yang disimpan hanya mempunyai kedutan agak sedikit di bahagian batang tetapi kerangupan serta kemanisannya masih kekal.

Tahap keberkesanan kaedah ini: 9/10

5. Kaedah Simpan Tomato: Tutup Bahagian Batang Dengan Pita Pelekat Dan Dibiarkan Pada Suhu Bilik

Sumber: Alex Lepe

Teknik ini mempunyai teori hampir sama dengan kaedah keempat kerana dengan cara menutup bahagian batang tomato dengan pita pelekat, ia boleh menghalang pertumbuhan bakteria serta kulat.

Walaupun dibiarkan selama 10 hari, tetapi permukaan tomato tidak menunjukkan sebarang kerosakan dan rasanya juga masih sama.

Tahap keberkesanan kaedah ini: 10/10


Jadi sekarang anda sudah tahu cara untuk menyimpan tomato supaya tahan lebih lama kan? Kongsilah maklumat ini dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, lebih-lebih lagi kepada para ibu sekalian yang memasak setiap hari.

Sekiranya anda tiada pita pelekat di rumah, kaedah keempat iaitu menterbalikkan tomato dengan meletakkan bahagian batang di bawah adalah cara yang sesuai untuk memastikan ia tahan lebih lama.

Sumber: The Kitchn


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd