Now Reading
Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

Walaupun kita sudah basuh buah kurma tersebut, tetapi rasa dan khasiatnya tetap sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila masuk bulan Ramadan, benda wajib yang semua orang akan beli ialah buah kurma untuk dimakan ketika berbuka dan sahur.

Ada macam-macam jenis buah kurma di pasaran seperti Ajwa, Rabbi, Mabroom, Mazafati dan banyak lagi.

Selalunya sebelum makan buah, kita akan basuh dulu, betul tak? Tapi jarang pula kita dengar orang basuh kurma. Ambil je terus makan.

Tapi sebenarnya anda kena basuh dulu buah kurma tersebut sebelum makan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter Public Health Malaysia, orang ramai dinasihatkan untuk mengopek dan membasuh terlebih dahulu buah kurma sebelum dimakan.

Ini kerana ada sesetengah buah kurma yang mempunyai serangga kecil di dalamnya.

Cara membasuh kurma

Senang je nak basuh buah kurma. Anda cuma perlukan garam, air biasa, mangkuk dan tisu kering.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Rendam buah kurma dalam air garam selama lima hingga sepuluh minit.
  2. Tapis air rendaman.
  3. Bilas buah kurma dengan air biasa.
  4. Keringkan buah kurma menggunakan tisu kering.
Sumber: Lifepack.id

Mudah kan? Walaupun kurma itu dibasuh, jangan risau khasiat serta rasanya tetap sama dan tak berubah.

Selamat mencuba! Ingat, basuh dulu buah kurma tu baru makan okay?

BACA JUGA: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd