Now Reading
7 Petua Sayur Tahan Lama & Segar Lebih Seminggu. Senang Je Nak Buat!

7 Petua Sayur Tahan Lama & Segar Lebih Seminggu. Senang Je Nak Buat!

Sayur-sayuran perlu disimpan dalam beberapa keadaan supaya ia dapat tahan lebih lama dalam keadaan segar.

Tips Simpan Sayur Tahan Lama

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak anda berniat untuk membeli sayur dalam kuantiti yang banyak setiap kali berbelanja untuk barang dapur? Senang sikit sebab tak perlu keluar banyak keluar kali. Nak masak pun lebih mudah bila ada semua bahan.

Tapi, ada sesetengah daripada kita yang akan mengalami masalah di mana sayur-sayuran yang dibeli cepat layu dan tidak segar selepas beberapa hari. Nak masak pun tak best macam tu.

Mesti ramai yang ingat, letak sayur dalam peti ais pun sudah memadai kan? Sebenarnya, ada tips yang anda perlu buat bagi memastikan sayuran yang dibeli segar sehingga berminggu-minggu.


Petua Bagi Memastikan Sayuran Kekal Segar Dan Tahan Lama

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter (@Jomkitamy), terdapat beberapa tips bagi memastikan sayur-sayuran anda tahan lebih lama dan segar.

Antaranya:

1. Tips Sayur Tahan Lama: Cara Simpan Cili

  1. Basuh dan bilas lada menggunakan air.
  2. Buang tangkai cili.
  3. Keringkan cili menggunakan tisu.
  4. Simpan cili di dalam bekas yang dilapikkan dengan tisu.
  5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
Sumber: Rebecca Joy

2. Tips Sayur Tahan Lama: Cara Simpan Bawang

  1. Lapikkan bekas dengan kertas kering.
  2. Letakkan beberapa ketul arang di atas kertas untuk menyerap lembapan.
  3. Lapikkan lagi kertas atau tisu di atas susunan arang.
  4. Susun bawang di dalam bekas tersebut.
Sumber: Rebecca Joy

3. Tips Sayur Tahan Lama: Cara Simpan Salad

  1. Cuci salad menggunakan air.
  2. Keringkan salad menggunakan tisu.
  3. Simpan salad di dalam beg berzip (ziplock back).
  4. Simpan di dalam peti sejuk.
Sumber: Rebecca Joy

4. Tips Sayur Tahan Lama: Cara Simpan Tomato

  1. Rendam tomato di dalam air garam.
  2. Kemudian, bilas tomato menggunakan air.
  3. Keringkan tomato menggunakan tisu.
  4. Letakkan tomato di dalam bekas berlapikkan tisu dan simpan di ruang terbuka sahaja.
Sumber: Rebecca Joy

5. Tips Sayur Tahan Lama: Cara Simpan Limau

  1. Susun limau atas plastik lut sinar.
  2. Tarik plastik ke bawah untuk membaluti limau.
  3. Putarkan plastik berlawanan arah bagi membentuk balutan yang berbeza untuk setiap limau.
Sumber: Rebecca Joy

6. Tips Sayur Tahan Lama: Cara Simpan Cendawan

  1. Letakkan chopstick secara bersilang di dalam bekas.
  2. Letakkan tisu di atas chopstick tersebut.
  3. Masukkan cendawan ke dalam bekas.
  4. Simpan bekas di dalam peti sejuk.
Sumber: Rebecca Joy

7. Tips Sayur Tahan Lama: Cara Simpan Daun Sup Atau Daun Bawang

  • Potong mana-mana botol minuman kepada dua bahagian.
  • Letakkan sedikit air di bahagian bawah botol minuman yang dipotong.
  • Masukkan sayuran ke dalamnya.
  • Sambungkan semula dua bahagian botol yang dipotong untuk menutupi keseluruhan sayuran yang telah dimasukkan.
  • Simpan di dalam peti sejuk.
Sumber: Rebecca Joy

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk menyimpan sayur-sayuran lebih lama dan segar. Selamat mencuba! 😊

BACA JUGA: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

BACA JUGA: Macam Mana Air Masuk Dalam Buah Kelapa? Ini Proses Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

BACA JUGA: HiBlendr Perkenal Langganan Buah Beku Pertama. Senang Sikit Nak Buat Smoothie!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd