Now Reading
Ini 4 Jenis Makanan Yang Tak Elok Simpan Dalam Peti Sejuk

Ini 4 Jenis Makanan Yang Tak Elok Simpan Dalam Peti Sejuk

Sesetengah bahan tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana berisiko untuk mengakibatkan keracunan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila ada lebihan makanan yang tidak habis, kebanyakan daripada kita akan menyimpannya dalam peti sejuk.

Bukan apa, takut membazir. Mana tahu nanti boleh makan atau guna lagi untuk keesokan hari.

Tapi tahu tak, sebenarnya bukan semua jenis bahan makanan sesuai untuk disimpan di dalam peti sejuk kerana ia boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang.


Jenis-jenis Makanan Yang Tidak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk

Memetik laporan Berita Harian, seorang pakar kesihatan dari Mumbai yang juga penulis iaitu Dr Dimple Jangda mendedahkan terdapat empat jenis makanan yang boleh ‘meracuni’ manusia jika disimpan di dalam peti sejuk bagi beberapa tempoh.

Antara makanan tersebut adalah:

#1. Bawang putih
Sumber: Pexels

Dengan cara menyimpan bawang putih di dalam peti sejuk, ia akan mempercepatkan pertumbuhan sejenis kulat yang aktif dalam persekitaran gelap, lembap dan hangat.

Jelas Dr Jangda, bawang putih mengandungi tahap keasidan yang rendah dan menjadikannya terdedah dengan sejenis mikroorganisma bernama Clostridium Botulinum.

Mikroorganisma ini boleh menyebabkan seseorang mengalami demam dan sakit pada bahagian abdomen.

Lebih membahayakan lagi, mereka yang terdedah dengan mikroorganisma tersebut boleh berdepan risiko kematian terutamanya bayi, warga emas dan individu dengan sistem imuniti yang rendah.

#2. Bawang besar
Sumber: Pexels

Dr Jangda menasihati orang ramai untuk tidak menyimpan bawang di dalam peti sejuk terutamanya yang sudah dipotong separuh.

Walaupun bawang merupakan tumbuhan yang tahan dengan suhu rendah, tetapi tindakan menyimpan bahan ini di dalam peti sejuk akan menukarkan kanji menjadi gula.

Kewujudan gula itu akan mula memerangkap mikroorganisma dan kesemua bakteria sebelum membentuk kulat.

#3. Halia
Sumber: Pexels

Sama seperti bawang merah dan bawang putih, penyimpanan halia di dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan pertumbuhan kulat yang lebih cepat.

Individu yang terdedah dengan halia yang disimpan di dalam peti sejuk ini berisiko untuk mengalami kegagalan buah pinggang serta masalah pada bahagian hati.

Jadi, elakkan dari menyimpan halia di dalam peti sejuk dan hanya membiarkannya di dalam suhu bilik bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.

#4. Nasi
Sumber: Pexels

Nasi adalah salah satu makanan yang sering disimpan di dalam peti sejuk setiap kali hidangan ini tidak habis dijamah.

Sesetengah masyarakat menganggap dengan menyimpan nasi di dalam peti sejuk, ia dapat mengawal kadar kolesterol dan gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, Dr Jangda pula berkata nasi merupakan bahan yang paling cepat untuk memerangkap kulat jika dibiarkan di dalam peti sejuk melebihi tempoh 24 jam.

Malah, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan sama selepas mendedahkan nasi berkenaan akan mengandungi spora Bicillus Cereus.

Spora itu boleh membahayakan kesihatan kerana berisiko mengakibatkan seseorang terkena keracunan makanan.

Sebaik-baiknya, hidangkan nasi sebaik saja ia dimasak. Jika tidak boleh, maka sejukkan nasi secepat mungkin atau sebaik-sebaiknya dalam masa sejam. Simpan nasi dalam peti sejuk tidak lebih dari satu hari sehingga dipanaskan semula. Jangan panaskan semula nasi lebih daripada sekali.

Dr Dimple Jangda.

Apa Lagi Bahan-bahan Yang Tak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk?

Sumber: Pexels

Memetik sumber Sinar Harian pula, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan Dr Zubaidi Ahmad turut menasihati orang ramai untuk tidak meletakkan beberapa makanan lain di dalam peti sejuk.

Antaranya:

  • Kentang
  • Roti
  • Mentega
  • Madu
  • Rempah
  • Makanan dalam tin yang sudah dibuka

Ingat ya, bukan semua barang boleh dimasukkan dalam peti sejuk kerana bimbang kualiti dan tahap keselamatannya akan menjejaskan kesihatan tubuh badan kita.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Cuci Peti Sejuk Paling Mudah. DIY Je!

Baca Artikel Berkaitan: Nak Simpan Tomato Hingga Tahan Lama? Ini Cara Terbaik Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Baca Artikel Berkaitan: 7 Petua Sayur Tahan Lama & Segar Lebih Seminggu. Senang Je Nak Buat!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd