5 Jenis Makanan Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk
Madu merupakan antara bahan makanan yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk kerana ia boleh merubah teksturnya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peti sejuk di rumah kebiasaannya digunakan untuk menyimpan barangan makanan khususnya bahan mentah seperti ikan, ayam, sayur, buah-buahan dan sebagainya.
Ini kerana, rata-rata di antara kita merasakan dengan menyimpan barangan di dalam peti sejuk ia akan membuatkan makanan bertahan lebih lama daripada dibiarkan pada suhu bilik.
Namun tahukah anda tidak semua bahan makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk dan perkara ini boleh membuatkan ia rosak dan tidak boleh digunakan.
#1 Bawang

Bawang besar mahupun putih merupakan bahan asas yang diperlukan dalam setiap masakan. Jadi kebiasaanya mereka yang memasak pasti akan membelinya dalam kuantiti yang banyak kerana ia kerap digunakan.
Oleh itu elakkan menyimpan bahan ini di dalam peti sejuk ini kerana ia akan menyebabkan bawang lebih cepat rosak.
Cara yang betul adalah dengan membiarkan bawang disimpan dalam suhu bilik kerana ia memerlukan pengudaraan yang baik.
Sekiranya anda seorang yang sibuk bekerja dan memilih untuk menyediakan bahan lebih awal bagi memudahkan proses memasak, bawang boleh disimpan di dalam peti sejuk bagi tempoh dua hingga tiga hari.
Malah bawang putih jika disimpan di luar pada suhu bilik mampu bertahan sehingga dua bulan.
#2 Tomato

Kebiasaanya kita pasti akan menyimpan buah tomato di dalam peti ais kerana mahu ia bertahan lebih lama serta kekal segar.
Namun sebenarnya tomato yang disimpan di dalam peti ais boleh menjadikan ia hilang rasa serta tekstur. Justeru adalah lebih baik jika diletakkan pada suhu bilik.
Sekiranya buah tomato sudah terlalu masak, anda juga boleh meletakkan di bahagian peti sejuk beku agar ia lebih bertahan lama.
#3 Madu

Usah bazirkan ruang dalam peti sejuk anda kerana madu tidak sesuai untuk diletakkan di dalam peti sejuk kerana ia akan merubah teksturnya.
Oleh itu, hanya letakkan di bahagian luar pada suhu bilik dan pastikan ia ditutup dengan rapat agar tidak dimasukki bendasing seperti ulat dan sebagainya.
#4 Buah-buahan tropika

Sekiranya anda peminat bua-buahan tropika seperti nenas, oren, mangga, kiwi dan sebagainya elakkan daripada menyimpan buah-buahan ini di dalam peti ais.
Ini kerana ia boleh menghilangkan nutrien yang ada di dalam buah-buahan tersebut sebaliknya ia memerlukan cahaya dan haba untuk matang.
Namun jika ia sudah terlalu masak dan boleh menyebabkan busuk jika disimpan lama di luar, anda boleh membekukan buah-buahan tersebut untuk tempoh jangka hayat yang lebih lama.
#5 Roti

Segelintir daripada kita pasti pernah melihat ibu menyimpan roti di dalam peti ais namun tahukah anda ia boleh menyebabkan roti menjadi kering.
Perkara itu berlaku kerana berlaku proses retogradasi dimana kanji menjadi kristal serta mengeras.
Oleh itu untuk mendapatkan roti yang lebih tahan lama dan sedap untuk dimakan, simpan di tempat yang sejuk (bukan dalam peti sejuk) dan kering.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.