Now Reading
Ini Tips Cuci Peti Sejuk Paling Mudah. DIY Je!

Ini Tips Cuci Peti Sejuk Paling Mudah. DIY Je!

Peti sejuk perlu dibersihkan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sekali bagi menjaga kualiti makanan dan minuman yang disimpan.

Tips Cuci Peti Sejuk Di Rumah, Senang Je! (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Peti sejuk adalah peralatan yang paling penting di dapur kerana menjadi tempat untuk menyimpan bahan mentah seperti ayam, daging dan beberapa makanan serta minuman yang perlu disimpan dalam suhu rendah.

Boleh dikatakan peti sejuk ini sangat berfungsi, tetapi berapa kerapkah kita membersihannya seperti mana kita mencuci peralatan dapur yang lain? Penting juga ya untuk menjaga kebersihan peti sejuk.


Tips Berguna Untuk Membersihkan Peti Sejuk

Untuk memastikan peti sejuk di rumah anda berfungsi dengan baik, pastikan ia dibersihkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan sekali.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook (Wan Azreen Ariff), lelaki ini berkongsi beberapa tips mudah untuk membersihkan peti sejuk.

Antaranya:

1. Tips Bersihkan Peti Sejuk: Keluarkan Semua Bahan Makanan Dan Minuman

Sumber: Food Network

Sebelum proses membersihkan peti sejuk dimulakan, pastikan segala bahan makanan, botol, dan bekas simpanan dikeluar dan diletakkan di tempat bersesuaian buat sementara waktu.

2. Tips Bersihkan Peti Sejuk: Buang Makanan Yang Sudah Rosak Dan Berkulat

Sumber: Healthline

Semak label pada botol dan bekas makanan yang disimpan. Pastikan ia tidak tamat tempoh dan masih dalam keadaan baik, tidak berkulat atau berbau busuk. Sekiranya ada sayur yang sudah layu, lebih baik dibuang.

3. Tips Bersihkan Peti Sejuk: Keluarkan Bahagian Tray Plastik Atau Kaca

Sumber: Amanda Perez

Setiap peti sejuk akan ada ‘tray’ kaca atau plastik yang membahagian peralatan itu kepada beberapa tingkat untuk menyimpan makanan.

‘Tray’ itu boleh dikeluarkan dan dicuci menggunakan campuran dua sudu bikarbonat dan air panas. Atau boleh juga menggunakan apa-apa sabun dan bilas sehingga bersih sebelum dipasang semula dalam peti ais.

4. Tips Bersihkan Peti Sejuk: Susun Makanan Ikut Kesesuaian

Sumber: Wikipedia

Dengan adanya beberapa bahagian dalam peti sejuk, setiap makanan digalakkan untuk disusun mengikut kategori bersesuaian seperti berikut:

  • Rak pertama boleh letak buah-buahan, coklat atau bahan yang sering digunakan.
  • Rak kedua boleh letak sayur atau bahan masakan.
  • Pastikan barang basah seperti ikan dan ayam diletakkan dalam bekas terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bahagian sejuk beku.

5. Tips Bersihkan Peti Sejuk: Letak Bahan Pewangi Untuk Mewangikan Peti Sejuk

Sumber: Cleanipedia

Untuk mewangikan peti sejuk, anda boleh menggunakan pelbagai bahan mengikut cita rasa masing-masing. Boleh juga memasukkan beberapa helai daun pandan atau menghiriskan buah lemon dan dibiarkan di dalam peti sejuk.

6. Tips Bersihkan Peti Sejuk: Membersihkan Bahagian Luar Peti Sejuk

Sumber: desigusxpro

Semak semula sama ada bahagian luar peti sejuk terdapat sebarang karat atau tidak. Sekiranya ada yang berkarat, basahkan tuala yang direndam dengan campuran sabun serta air lemon dan lap pada kawasan tersebut.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan mampu memudahkan urusan anda semua untuk membersihkan peti sejuk dengan lebih mudah pada masa akan datang.


3 Bahan DIY Yang Boleh Dibuat Untuk Membersihkan Rumah Sehingga Berkilat

Di pasaran, pelbagai produk yang dijual bagi memudahkan proses pembersihan rumah di bahagian seperti sinki, lantai, pemegang tangga dan sebagainya.

Tetapi sesetengah pengguna pula mengalami alahan kepada beberapa bahan sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah kulit seperi ekzema.

Jangan risau, anda masih boleh membersihkan kediaman dengan hanya menggunakan bahan semula jadi yang ada di rumah. Antaranya:

  • Bahan untuk membersihkan habuk:
    • Satu cawan air
    • Setengah cawan cuka
    • Dua sudu minyak zaitun
    • 10 hingga 15 titik essential oil
  • Bahan untuk menjadikan sinki lebih berkilat:
    • Empat sudu soda bikarbonat
    • 0.95 liter air suam
  • Bahan untuk menjadikan lantai lebih berkilat:
    • Empat liter air
    • Setengah cawan cuka

Simple je bahan-bahan yang diperlukan. Bolehlah hujung minggu ini buat ‘spring cleaning’ mengemaskan rumah dan membersihkan segala habuk.

Selamat mencuba!

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Cara Bersihkan Mesin Basuh, Terutama Jenis ‘Front Load’

BACA JUGA: Air Menitis Walaupun Dah Tutup Rapat, Ini 6 Cara Mudah Untuk Baiki Sendiri

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Senarai Barang Penting Untuk Bersihkan Rumah Pasca Banjir


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd